• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Air Selangor Dijangka Naik

oleh
29/07/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Peningkatan tarif air di Selangor dijangka tidak dapat dielakkan selepas kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula pengurusan air pada bulan hadapan.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, langkah ini merupakah kaedah terbaik buat Syarikat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) membayar balik kepada Pengurusan Aset Air Berhad (Paab) bagi menyelesaikan proses pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

“Tarif yang ada sekarang sangat rendah. Ini adalah kadar seperti 20 tahun lalu.

“Namun, bercakap soal kenaikan itu, ia bukannya akan dinaikkan terus sehingga 100 peratus namun secara berperingkat semi mendapatkan bekalan air terawat yang lebih baik,” katanya seperti dipetik oleh Malay Mail.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan bahawa proses penstrukturan semula industri air di Selangor yang tertangguh sebelum ini akan dimuktamadkan pada awal atau pertengahan Ogos depan.

Xavier sebelum ini turut menafikan laporan berita antarabangsa yang mengatakan bahawa kerajaan akan membayar RM1.9 bilion kepada Splash bagi proses pengambilalihan tersebut.

Beliau berkata, rundingan mengenai perkara itu masih dijalankan antara kedua-dua pihak dan ia dijangka akan selesai pada 10 Ogos depan.

Dalam pada itu, Xavier juga turut enggan mendedahkan kadar kenaikan tersebut sebaliknya menjelaskan bahawa tindakan itu perlu diambil seiring dengan pemerolehan Splash.

Mengulas mengenai pemberian air percuma di negeri itu, Xavier menjelaskan bahawa Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula perkara tersebut bagi menyediakan bekalan air dalam tempoh jangka masa panjang.

“Walaupun skim ini menjadi antara fokus dalam sistem penstrukturan semula air, tetapi saya merasakan program air percuma ini hanya perlu disasarkan ke kawasan yang mempunyai penduduk berpendapatan rendah sahaja,”katanya.

Sebelum ini, proses penstrukturan semula air di Selangor tertangguh sejak sekian lama susulan kegagalan kerajaan negeri dan persekutuan semasa pentadbiran BN mencapai kata sepakat berkaitan nilai tawaran pengambilalihan Splash. – Sinar Harian

Tags: tarif air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

Tarif Air Melaka Naik 16 Sen Setiap Meter Padu

24/01/2024
0

Ayer Keroh: Kerajaan negeri mengumumkan purata kenaikan tarif air bagi kategori domestik di Melaka yang akan berkuat kuasa pada 1...

Tarif Air Naik Purata 22 Sen Semeter Padu, Mulai 1 Februari

Tarif Air Naik Purata 22 Sen Semeter Padu, Mulai 1 Februari

17/01/2024
0

Kuala Lumpur : Pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM) bagi pengguna...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd