• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Next Bike Lancar Ducati Scrambler 1100

oleh
28/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Next Bike Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal Ducati di Malaysia hari ini melancarkan Ducati Scrambler 1100 di Annual Art of Speed yang ke-7 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, model itu boleh didapati dalam dua varian untuk pasaran Malaysia, iaitu Ducati Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport.

Datuk Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings (Kumpulan Automotif) berkata, Scrambler 1100 bertujuan memenuhi keperluan peminat motosikal yang inginkan keseronokan, gaya dan kebebasan yang menjadi tanda niaga utama Scrambler.

“Penjualan Global Scrambler melonjak melepasi paras 46,000 unit sejak kali pertama diperkenal pada 2015 dan kini ketibaan Ducati Scrambler 1100 di Malaysia melengkapkan barisan Scrambler kami.

“Dengan beberapa titik sentuhan, pengaktifan dan penglibatan pelanggan dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kami menjangkakan untuk melihat lebih banyak pergerakan motosikal Scrambler untuk 2018,” katanya.

Ducati Scrambler 1100 dan Scrambler 1100 Sport masing-masing dijual pada harga RM83,000 dan RM85,000, di atas jalan tanpa insurans (Cukai Barang dan Perkhidmatan sifar peratus).

Pelanggan yang membuat tempahan pada acara Art Of Speed (28-29 Julai) sehingga Ducati Reddest Weekend (4-5 Ogos) akan menikmati pengecualian khas Cukai Jualan dan Perkhidmatan. – BERNAMA

Tags: Ducati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ducati Malaysia Yakin Dengan 2018

02/11/2017
0

KUALA LUMPUR – Next Bike Sdn Bhd, yang juga dikenali sebagai Ducati Malaysia, merancang untuk melancarkan barisan produk yang menyeluruh,...

Stoner Catat Masa Terpantas Ujian Pra-Musim

30/01/2017
0

SEPANG - Legenda MotoGP dan pemandu ujian pasukan Ducati, Casey Stoner mencatat masa terpantas sepusingan pada hari pertama ujian musim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd