• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Terima Tajaan Bernilai RM6 Juta

oleh
28/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini disuntik dengan penajaan berjumlah RM6 juta untuk tempoh tiga tahun sehingga 2021 daripada syarikat kejuruteraan, CustomCraft (M) Sdn Bhd.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan badan induk bola sepak negara itu hari ini, majlis menandatangani perjanjian penajaan itu telah berlangsung sejurus tamat Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali kelima bagi penggal 2017-2021 yang diadakan di Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CustomCraft, Datuk Yeong King Hui berkata pihaknya memiliki keyakinan tinggi terhadap kewibawaan Presiden FAM yang baharu, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam meneruskan legasi ditinggalkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim

“Kami di CustomCraft percaya bahawa Datuk Hamidin akan mampu meneruskan legasi Tunku Ismail dalam mencorak dan membina semula bola sepak Malaysia untuk ke landasan yang tepat dan kembali dapat mengharumkan nama Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

“Justeru, CustomCraft tidak mahu terlepas peluang untuk terlibat sama dalam menghulurkan penajaan kepada FAM yang mana CustomCraft cukup teruja bagi membantu FAM dalam usaha mencapai visi dan misi mereka dengan sumbangan yang kecil ini,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Hamidin menyambut baik penajaan itu dengan menyifatkan jumlah RM2 juta setahun itu akan memberi impak positif terhadap pelaksanaan beberapa program yang telah dirancang FAM.

“Sumbangan penajaan RM6 juta daripada CustomCraft ini cukup kami hargai kerana ia mampu memastikan beberapa program yang telah kita rancang dapat dilaksanakan dengan suntikan kewangan tambahan ini.

Saya mewakili FAM cukup berterima kasih di atas keyakinan tinggi yang diletakkan CustomCraft di bahu saya untuk memartabatkan kembali bola sepak Malaysia biarpun baru dua minggu saya menduduki kerusi Presiden FAM ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd