• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenal Pasti 249 Pembantu Pelindung Kanak-Kanak

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kerajaan telah mengenal pasti 249 orang dalam kalangan anggota komuniti yang berkelayakan untuk menjadi pembantu pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016 atau dikenali Akta 611.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mereka yang bakal dilantik berperanan membantu pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menangani kes penderaan, pengabaian serta yang berkaitan pemeliharaan kanak-kanak.

“Konsep utama pembantu pelindung adalah untuk mempercepatkan proses menyelamat kanak-kanak yang berada dalam keadaan terancam dan terabai di kawasan komuniti setempat masing-masing selain penggunaan Talian Kasih 15999 oleh masyarakat umum untuk melaporkan kes-kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Kempen Keselamatan Kanak-Kanak (Program 3K) 2018 anjuran Yayasan Wanita Islam di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata kumpulan itu yang memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan Akta 611 turut menjalani saringan di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan komited untuk terus merangka dan melaksanakan pelbagai program serta aktiviti kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak berpandukan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara, Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan.

Dr Wan Azizah berkata kesemua pelan tindakan itu bertujuan memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi.

Ia juga bertujuan menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak iaitu setiap anggota masyarakat untuk melindungi kanak-kanak, katanya.

Mengenai Program 3K, Dr Wan Azizah berkata inisiatif seumpama itu yang dijalankan badan bukan kerajaan dapat membantu melengkapkan usaha kerajaan dalam melindungi kanak-kanak.

Sinergi kolaborasi strategi perlu dipertingkatkan kerana kerjasama pelbagai pihak dapat mewujudkan momentum dan gerakan yang berkesan dalam menangani isu keselamatan kanak-kanak, katanya. — BERNAMA

Tags: kanak-kanakWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd