• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salahuddin Ayub Kini Bergelar Datuk

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub hari ini dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas

Turut menerima anugerah DSPN adalah Ketua Pegawai Operasi B.Braun Pulau Pinang, Dr. Juergen Friedhelm Peter Schloesser.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman pula mendahului tiga penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang juga membawa gelaran Datuk.

Darjah kebesaran DMPN dan DSPN itu dianugerahkan sempena Ulang Tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang 14 Julai lepas.

Isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Majimor Shariff hadir pada upacara itu yang diadakan di Seri Mutiara di sini.

Ketika ditemui selepas istiadat khas di kediaman Yang Dipertua Negeri, Salahuddin yang diiringi isteri, Fatimah Taha, melahirkan rasa bangga dan terharu menerima pingat kebesaran itu.

“Sesuatu yang sangat besar maknanya dalam karier politik saya sebagai orang Johor tetapi tiba-tiba mendapat penghargaan daripada Pulau Pinang,” katanya.

Salahuddin juga merupakan Anggota Parlimen Pulai berkata beliau akan berusaha memastikan kementerian yang diterajui dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia khas penduduk Pulau Pinang.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan isteri, Tan Lean Kee; Timbalan Ketua Menteri II, Prof P.Ramasamy dan barisan exco kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang Salahuddin yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara turut dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Johor. – BERNAMA

Tags: menteri pertanian dan industri asas taniSalahuddin Ayub
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd