• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jayakumar Nafi Kerajaan Pusat Setuju Bayar SPLASH RM1.9 Bilion

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar mengetepikan laporan media asing yang menyebut bahawa kerajaan pusat sedia membayar RM1.9 biliion bagi mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash).

Jayakumar berkata akhbar Straits Times Singapura telah memetik percakapan beliau mengenai urusan itu tetapi “Saya tidak pernah menyatakan tentang kuantum.”

Beliau berkata rundingan antara Air Selangor dan Splash masih berjalan.

“Apabila mereka sudah ada kesepakatan mengenai soal itu, mereka akan membentangkannya kepada saya,” katanya sambil menambah bahawa beliau tidak mengetahui tentang harga penawaran kedua-dua pihak terbabit.

“Rundingan sedang berlangsung dan saya menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh akhir untuk mereka menamatkan rundingan”, katanya ketika ditanya pemberita tentang laporan akhbar itu selepas menghadiri sambutan ulang tahun Hari Tanah Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Akhbar Singapura itu memuatkan laporan kononnya satu perjanjian pembiayaan bersama telah dicapai dan jumlah pembelian ditetapkan antara RM2.5 bilion dan RM2.7 bilion, dan kerajaan Selangor di jangka membayar antara RM600 juta dan RM800 juta.

Dalam perkembangan lain Jayakumar yang juga naib presiden PKR berkata hasrat Rafizi Ramli bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang pada Ogos tidak akan menggugat kestabilan parti.

“Sesiapa sahaja boleh bertanding jawatan dalam parti,” katanya sebagai menjawab pertanyaan tentang hasrat naib presiden PKR itu untuk bertanding timbalan presiden memandangkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyandang jawatan itu belum mengumumkan keputusannya.

Tentang hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi presiden parti dan sama ada beliau tidak akan dicabar, Jayakumar berkata: “Parti akan memberi sokongan sepenuhnya terhadap Anwar dan apa sahaja boleh terjadi.” – BERNAMA

Tags: Isu SplashKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd