• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Kampar Bebas Tuduhan

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Anggota Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram lima tahun lepas.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab memohon kepada mahkamah agar pertuduhan terhadap Thomas ditarik balik setelah menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Thomas, 52, diwakili barisan peguam terdiri daripada Ramkarpal Singh, Dexter Mah, Omar Kutty, RSN Rayer serta Michelle Ng dan turut hadir pada prosiding itu Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Pada 14 Okt, 2016, Thomas didakwa menganjurkan perhimpunan haram di Wisma Chin Woo di sini, pada pukul 7.30 malam, 9 Mei, 2013.

Thomas, penganjur program ceramah itu, didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh mengenai perhimpunan itu dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh program berkenaan diadakan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 di bawah akta sama jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Thomas melahirkan rasa gembira dengan keputusan mahkamah dan beliau akan kembali fokus kepada tugas sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, Ramkarpal Singh berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah menyokong agar beberapa peruntukan dalam akta itu ditolak.

‘Walaupun ia belum berlaku tetapi kami percaya ia tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, dengan keputusan mahkamah ke atas Su, ia mengorak langkah baik bagi memansuhkan Seksyen 9(1) akta itu.

“Ia mengehadkan kebebasan bersuara,” katanya dan menambah bahawa Su kini bebas tanpa perlu bimbang sebarang hukuman akan mempengaruhi jawatan parlimennya. – BERNAMA

Tags: perhimpunan haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perhimpunan Haram ‘Black Democracy’ Tiada Sambutan

30/06/2021
0

IPOH - Semua kawasan yang menjadi sasaran utama lokasi perhimpunan haram 'Black Democracy' sekitar negeri ini, hari ini, khususnya membabitkan...

Himpunan Haram Depan Sogo Cetus Kekecohan

01/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Perhimpunan haram yang dianjurkan Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac di pusat beli-belah Sogo di sini mencetuskan sedikit kekecohan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd