• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan ‘Friends of KPDNHEP’ sebagai mata dan telinga bagi mambantu pemantauan harga menjelang pelaksanaan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen berkata pendekatan itu dilihat lebih efektif kerana Friends of KPDNHEP yang dianggotai lebih 40,000 orang dalam kalangan rakyat negeri Melaka itu antara golongan lebih kerap berada di lapangan khususnya di pasar raya atau premis jualan di sekitar negeri itu.

Beliau berkata sukarelawan pemantau harga berkenaan yang telah ditubuhkan pada 2016 itu telah menyalurkan kira-kira 1,996 aduan antaranya tidak mempamer harga barang, menyorok barang bekalan dan memanipulasi alat penimbang.

“Kita di peringkat kerajaan Pakatan Harapan sentiasa peka dengan isu kenaikan harga barangan terutama kerisauan pengguna tentang harga barangan menjelang pelaksanaan SST dan satu pendekatan alternatif perlu dilaksanakan dengan kerjasama ‘Friends of KPDNHEP’.

Pertemuan yang lebih kerap antara pihak KPDNHEP dengan ‘Friends of KPDNHEP’ perlu dilaksanakan agar kerjasama berkenaan lebih efektif,” katanya kepada pemberita selepas Tinjauan Mesra Pemantauan Harga Barangan di sebuah pasar raya di Peringgit di sini, hari ini.

Tinjauan Mesra itu turut disertai Exco Perpaduan, Sumber Manusia, NGO dan Hal Ehwal Pengguna Melaka G. Saminathan dan Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Melaka Azeem Nazuri.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq berkata penduduk negeri berkenaan dialu-alukan untuk menyertai Friends of KPDNHEP dan pendaftaran bolah dibuat di pejabat KPDNHEP negeri atau ketika program kendalian agansi penguatkuasa berkenaan.

Sementara itu, Saminathan berkata bagi pemantauan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan pada kadar sifar 1 Jun lepas, sebanyak 37,411 barangan atau produk telah diperiksa melibatkan 1,245 premis di negeri itu dalam tempoh 1 Jun hingga semalam.

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan juga, sebanyak 69 aduan berkaitan kenaikan harga melibatkan GST direkodkan dan sembilan amaran serta 10 Notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan dikeluarkan.

Katanya orang ramai disaran menyalurkan aduan atau pertanyaan berkaitan isu kepenggunaan di talian 06-2345822 atau 06-2345869 pejabat KPDNHEP Melaka, aplikasi Ez Adu dan e-aduan@kpdnkk.gov.my.

“Orang ramai juga digalakkan memuat turun aplikasi ‘penyemak harga’ untuk menyemak harga barangan dengan cepat dan mudah,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TM Melaka Catat 26,320 Pelanggan Unifi Sehingga Jun 2018

Next Post

Anggota Parlimen Kampar Bebas Tuduhan

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

SKHMP: Kelantan Catat 21 Kes Kesalahan – KPDNKK

28/06/2018
0

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Kelantan (KPDNKK) merekodkan 21 kes kesalahan menurut Akta Kawalan...

Next Post

Anggota Parlimen Kampar Bebas Tuduhan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd