• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TM Melaka Catat 26,320 Pelanggan Unifi Sehingga Jun 2018

oleh
27/07/2018
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Telekom Malaysia Berhad (TM) mencatatkan bilangan pelanggan perkhidmatan Unifi di Melaka sebanyak 26,320 sehingga Jun lepas.

Pengurus Besar TM Melaka, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, berkata jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 39 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Daripada jumlah itu, 23,581 adalah pelanggan kediaman manakala selebihnya pelanggan perniagaan.

“Bagi pelanggan perkhidmatan pre-Unifi (sebelum ini dikenali sebagai Streamyx) pula, sebanyak 66,927 dicatatkan bagi tempoh sama, dengan 59,492 adalah pelanggan kediaman manakala selebihnya pelanggan perniagaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Meor Shahril Anuar berkata, jumlah pelanggan pre-Unifi itu bagaimanapun menunjukkan penurunan sebanyak 15 peratus berikutan pengguna menaik taraf kepada perkhidmatan Unifi.

Tambahnya, TM Melaka akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan lagi kadar penembusan jalur lebar di seluruh negeri.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan 1,000 lampu kalimantang kepada golongan memerlukan di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, dekat sini, yang disampaikan Exco Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal.

TM Melaka mengumpul sejumlah 3,000 lampu kalimantang tahun lepas hasil kerja naik taraf sistem pencahayaan di bangunan Menara TM Melaka yang diganti dengan lampu LED, sebagai usaha penggunaan tenaga yang efisien.

“Lampu kalimantang berkenaan disumbangkan kepada golongan memerlukan di negeri ini bertepatan usaha ke arah pengurusan sisa yang efisien,” kata Meor Shahril Anuar . – BERNAMA

Tags: TM Unifi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tumbuk Hidung, Buruh Didenda RM2,000

Next Post

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

Related Posts

TM Lancar Pelan Pascabayar Mudah Alih Unifi Baharu

30/01/2019
0

JENAMA tumpuan utama Telekom Malaysia Bhd. (TM), Unifi hari ini melancarkan mudah alih unifi baharu terdiri daripada empat pelan pascabayar,...

“Kalau Marhaen Kau Dok Suruh Restart Modem”

23/11/2017
0

"BEZA pangkat dan darjat", demikian tweet netizen yang kesal diberi layanan tidak sama rata diberikan oleh sebuah syarikat penyedia perkhidmatan...

Next Post

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd