• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norish Karman Kesal Lambat Berhijab

oleh
27/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Norish Karman yang kini berhijab tampil berkongsi pengalamannya berhijrah dan kekal istiqamah sekali gus jawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, dia mula mengenakan tudung pada 23 Februari lalu dan mengakui lambat berhijab meskipun bapanya seorang tegas dalam bab pendidikan agama.

Malah pelakon ini turut berkongsi bagaimana bapanya begitu tegas mendidik mereka adik-beradik dengan ilmu agama.

“Bapak Ustaz Karman lama dah latih kami adik-beradik segala asas malah setinggi-tingi pendidikan agama. Semua adik-beradik dah berhijab, hanya saya layan duniawi.

“Semua sahabat dan anak-anak tahu saya sangat strict bab solat dan agama related. Dari kecil takkan keluar tanpa solat Dhuha dan Yaasin. Malah anak-anak tak boleh tidur sebelum solat sunat dan Al Mulk/Waqiah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norish juga mengakui menyesal kerana tidak bertudung lebih awal sebelum ini dan agak lambat untuk berbuat demikian.

“Hanya hijab yang mempamerkan kejahilan saya. Saya berhijab pada 23 Februari, hadiah untuk bapa yang lama menunggu tanpa sedikit amarah pun.

“Menyesal amat sangat tak berhijab lama dulu. Pada semua anak-anak perempuan, berhijablah demi bapa kita, demi Allah kerana seksaaan terhadap bapa kita dan diri kita sangat perit,” tulisnya lagi.

Menurut Norish, sebagai ibu tunggal, dia juga cuba mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama secukupnya. Malah turut menjadikan cara didikan bapanya sebelum ini sebagai panduan.

“Ermm i think im more stern n strict to my children as a single mum d world constantly eyein for my mistakes in raising my kidz almaklum rumah takde father figure.

“Jadi orang-orang selalunya bertanggapan bahawa anak-anak yang bercerai ibu bapa, pasti mempunyai akhlak yang tidak baik, gagal dalam pelajaran dan banyak lagi tanggapan negatif yang kini saya tangkis dengan segala usaha didik anak-anak dengan sepenuh hati dan didikan agama yang saya dahulukan.

“Sampai saya hilang segalanya. Career, hilang kawan-kawan duniawi, hilang harta dunia hanya kerana saya berkorban demi masa, jiwa raga untuk tumbesaran anak-anak senantiasa dalam pengawasan saya.

“My One & biggest regret ?? Lambat berHijab. Something i shuld have done long ago,” luahnya beserta tanda pagar #hidayahituindah #cintaBapa. – SinarHarianOnline 

Tags: berhijabNorish Karman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Begitulah perumpamaan untuk menggambarkan kejayaan seorang...

4 Gadis Berhijab Memukau Di Asia’s Got Talent

08/03/2019
0

ASIA'S Got Talent adalah sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia. Mereka perlu membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd