• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penangan Hebat Zahirah MacWilson Kerana Feeqa

oleh
27/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENANGAN drama lakonannya dalam Jangan Ada Benci Cintaku yang hangat ketika ini membuatkan pelakon Zahirah MacWilson dihujani pelbagai pertanyaan netizen di laman sosialnya.

Zahirah, 23, yang membawa watak Feeqa menerusi drama itu berkata, dia seolah-olah menjadi rujukan berkaitan isu perhubungan biarpun dirinya belum mendirikan rumah tangga.

“Saya tak sangka drama itu akan mendapat sambutan dan trending di laman sosial.

“Ramai yang terkesan dengan watak yang saya bawa. Mereka hantar mesej melalui Instagram untuk tanya pendapat, malah ada yang kongsi kisah mereka yang hampir sama dengan watak yang saya bawakan.

“Ini bermakna lakonan saya menjadi. Tapi realitinya, saya seorang yang kuat dan tak rasa boleh jadi macam watak Feeqa dalam dunia sebenar,” ujarnya kepada mStar Online.

Zahirah ditemui sewaktu majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan wajah Meeracle di Hotel Le Meridien, di ibu negara.

Menerusi drama Jangan Benci Cintaku, Zahirah bergandingan dengan Saharul Ridzwan dan ia disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjayanya, Zahirah ternyata bersyukur dengan penerimaan orang ramai terhadap drama lakonannya pada tahun ini.

“Ini adalah tahun ketiga saya dalam industri. Dulu pada tahun pertama dan kedua, banyak kelemahan lakonan saya.

“Tapi saya berusaha perbaiki kelemahan-kelemahan lakonan dan kali ini mendapat respon positif.

“Mungkin juga sebab saya tidak terikat dengan sebarang hubungan cinta, maka saya lebih fokus dengan kerjaya lakonan dan dapat memberi yang terbaik,” ujar Zahirah lagi.

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta produk Meeracle, pelakon tinggi lampai itu berkata, dia sangat teliti dalam aspek kecantikan.

Malah, dia tidak sewenang-wenangnya menerima tawaran itu tanpa sebarang pertimbangan.

“Dulu saya pun skeptikal dengan produk kecantikan tempatan. Tapi apabila Meeracle mendekati saya untuk produk ini, ia ternyata bagus untuk kulit.

“Saya sangat teliti dengan apa yang saya kongsi dengan peminat, kalau tidak berkesan, saya tak akan terima tawaran untuk jadi duta,” katanya. – mStarOnline

Tags: jangan benci cintakuZahirah Macwilson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

Siapa Kata Zahirah Lemah-Lembut?

24/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Jika anda beranggapan Zahirah Macwilson gadis lemah-lembut, nampaknya pandangan itu silap. Akui aktres jelita ini, dia sebenarnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd