• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panggilan ‘Kekanda’ & ‘Adinda’ Ceriakan Dewan Rakyat

oleh Cj Mnh
26/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Sapaan ‘kekanda’ dan ‘adinda’ antara anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang yang saling berseloroh mesra hari ini menceriakan suasana di Dewan Rakyat yang kebiasaannya ‘panas’ dengan pelbagai isu.

Ia bermula apabila S. Kesavan (PH-Sungai Siput) yang mengambil giliran membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membahasakan dirinya sebagai ‘adinda’ ketika menyapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan gelaran “kekanda”.

Kesavan menarik perhatian Ahmad Zahid apabila memberitahu Anggota Parlimen Bagan Datuk itu bahawa beliau merupakan anak watan Bagan Datuk dan dahulunya merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, iaitu antara DUN di bawah Parlimen Bagan Datuk.

Kenyataan itu menyebabkan Ahmad Zahid bangun membalas ucapan Kesavan dan mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Anggota Parlimen Sungai Siput.

“Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Sungai Siput kerana secara rasminya dinaikkan pangkat untuk bertanding di Sungai Siput dan meninggalkan DUN Hutan Melintang.

“Dan adakah Yang Berhormat rasa terima kasih kepada kekanda kerana semasa menjadi pihak pembangkang pun kekanda sudah memberikan layanan yang saksama dan terbaik kepada Yang Berhormat,” kata Ahmad Zahid.

Kepada soalan itu, Kesavan menjawab: ”Kekanda Bagan Datuk, saya kini berhijrah ke Sungai Siput, ini tidak bermakna walaupun Bagan Datuk jauh dari pandangan Sungai Siput, namun dekat di hati.

“Saya ucap terima kasih,” kata Kesavan dengan gelagat kedua-dua mereka disambuat gelak ketawa oleh anggota-anggota Parlimen yang lain.

Kesavan ketika menyambung perbahasannya berkata walaupun wadah dan ideologi perjuangan parti berbeza, warna kulit berbeza, agama dan bahasa berbeza namun ia tidak seharusnya menjadi halangan dalam mewujudkan ikatan persaudaraan.

Perbahasan itu turut mendapat pujian Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming yang menyifatkan cara sapaan kedua-dua anggota Parlimen itu menepati pepatah ‘orang berbudi kita berbahasa’ dan wajar menjadi contoh di dewan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung minggu depan. — BERNAMA

Tags: berselorohDewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd