• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Bidas Maszlee Tak Beri Peruntukan Pada SMPC

oleh Cj Mnh
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Ini selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.

“KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional,” kata Maszlee.

Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukannya bergantung semata-mata kepada jawapan-standard-ala-BN,” kata ketua Pemuda Sosialis DAP itu dalam satu kenyataan.

Wong berkata walaupun SMPC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sekolah itu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dan ia harus diiktiraf.

Turut sependapat dengan Wong ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow yang mengkritik Maszlee kerana lebih mendengar desakan “ibu bapa tertentu” untuk menukar warna kasut sekolah berbanding menjaga kebajikan sekolah Cina.

Dalam satu kenyataan, Ong berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.

“Menteri pendidikan dari HARAPAN tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati sekutu HARAPAN. (Langkah ini) mesti dikritik dalam HARAPAN,” katanya.

Beliau menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti semula sama ada Maszlee sesuai untuk terus memegang jawatan sebagai menteri pendidikan. – Malaysia Kini

Tags: peruntukanSMPC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

07/08/2026
0

ALOR GAJAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd