• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HFMD: Pahang Catat 155 Kes

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 155 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang, melibatkan tujuh buah sekolah.

Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata daripada jumlah itu, tujuh kes adalah kes baharu yang dikesan petang semalam.

Katanya, kes baharu itu melibatkan tiga kes di Maran, Bentong (dua kes) dan masing-masing satu kes di Temerloh dan Rompin.

“Bagaimanapun, semua sekolah yang terlibat masih dibuka seperti biasa dengan murid itu diberikan pengecualian hadir. Kita harap pelajar ini mematuhi perintah kuarantin sehingga betul-betul sembuh,” katanya.

Dr Tajuddin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan KOR Kadet Polis Pahang yang dirasmikan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Beliau menambah setakat ini, hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Damak di Jerantut yang diarahkan tutup bermula Isnin lepas hingga esok, selepas 53 pelajarnya dijangkiti HFMD.

“Kita menasihatkan guru besar untuk peka dengan murid yang menunjukkan gejala penyakit itu supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk mengelakkan penularannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMDPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd