• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hobi Pelik Bukan Gila

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Biarpun digelar pelik, seseorang lelaki tetap memekakkan telinga menghiasi sekitar halaman rumahnya dengan mempamerkan televisyen, kipas, komputer dan jam dinding yang rosak di Kampung Paloh Nyiur, di sini.

Abdul Manat Ibrahim, 57, berkata, dia juga pernah diejek gila oleh orang yang tidak mengenalinya disebabkan kegemaran menghias rumah dan laman dengan barangan buangan begitu.

Bekas anggota tentera itu berkata, hobinya bermula sejak 18 tahun lalu selepas dia melihat keunikan kipas, televisyen dan jam sebagai hiasan di halaman rumah.

“Hingga kini lebih 16 unit kipas, 12 unit televisyen, 10 jam dinding dan empat komputer, selain barang buangan lain menghiasi perkarangan rumah dan semua barangan ini diberikan kenalan yang tahu minat saya.

“Tidak dinafikan pada mulanya ramai yang menuduh saya gila dan ‘masuk air’, namun selepas mereka mengenali saya dan memahami minat ini, kata-kata seperti itu sudah tidak diungkapkan lagi.

“Setiap manusia ada hobi tersendiri, sama juga dengan saya. Namun, hobi yang pelik ini mengundang kata-kata tohmahan oleh masyarakat yang tidak mengenali saya,” katanya ketika ditemui.

Isterinya, Senah Ismail, 56, pernah menghalang hobi Abdul Manat berikutan tidak tahan dengan cacian diterima, namun lama- kelamaan isterinya akur dan menyokong usahanya mengindahkan rumah mereka.

Abdul Manat bersyukur kerana enam anaknya berusia 20 hingga 36 tahun tidak menghalang minatnya itu, malah kini hobinya dikongsi bersama mereka yang cintakan seni dan barangan lama.

“Ramai juga yang memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar di sini, dan saya tidak pernah melarang mereka berbuat demikian. Saya tidak simpan dalam hati mereka yang mencaci saya kerana hobi ini,” katanya.

Katanya, melihat barangan dipamerkan di rumahnya itu mampu menghilangkan tekanan seharian dan dia akan tetap dengan hobinya itu walaupun dipandang serong. – myMetro Online

Tags: hobipelik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Daripada Hobi, Jadi Jutawan

31/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Minatnya terhadap barangan antik mula bercambah sejak di bangku sekolah lagi apabila melihat ayah, bapa saudara dan...

Polis Kesan VIP Jadikan Pemburuan Haram Sebagai Hobi

30/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Segelintir golongan orang kenamaan (VIP) antara kumpulan yang dikesan bertanggungjawab terhadap kepupusan hidupan liar apabila menjadikan aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd