• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patuhi Aspek Keselamatan Penumpang Jika Mahu Lesen Dilulus

oleh
26/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengusaha bot dan feri yang membawa penumpang ke Pulau Besar di sini perlu memastikan aspek keselamatan dipatuhi sekiranya mahu lesen bagi kebenaran pengoperasian aktiviti itu diluluskan Jabatan Laut.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata pihaknya akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Laut negeri bagi memohon pengeluaran lesen membawa penumpang kepada pengusaha feri dan bot yang terlibat.

“Berdasarkan tinjauan dan pemeriksaan di dua jeti utama membawa penumpang ke pulau berkenaan iaitu di Anjung Batu dan Umbai baru-baru ini, operator feri dan bot penumpang ke Pulau Besar tidak mendapat permit atau lesen membawa penumpang.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana permit dan lesen untuk pengoperasian aktiviti itu penting untuk memastikan pengusaha terlibat mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya sebarang kemungkinan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata operator feri dan bot penumpang perlu memastikan penggunaan jaket keselamatan ketika membawa penumpang, merekod nama penumpang agar rujukan dapat dilakukan sekiranya kejadian tidak diingini berlaku dan tidak membawa bahan mudah terbakar di dalam feri atau bot mereka.

Kerajaan Negeri juga akan mengarahkan Jabatan Laut untuk memantau pengoperasian aktiviti membawa penumpang ke Pulau Besar secara lebih dekat dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan aspek keselamatan tidak dipandang remeh.

Mohd Sofi berkata pemeriksaan berkala dari aspek penyelenggaraan bot dan feri yang digunakan bagi aktiviti itu juga akan dilakukan sebagai langkah pencegahan awal daripada sebarang kejadian tidak diingini.

“Kita di peringkat Kerajaan Negeri juga mempunyai cadangan untuk menaik taraf Jeti Anjung Batu agar berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Semua aspek keselamatan ini tidak boleh diambil mudah kerana ia melibatkan bukan sahaja nyawa pelancong malah penduduk negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Feri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

15/12/2024
0

ALOR SETAR - Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd