• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UEC Rosakkan Dasar Pendidikan Negara – Harussani

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan kerajaan mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

Menurutnya, Dasar Pendidikan sedia ada sudah terbukti mampu memacu pembangunan negara ke arah kebaikan selaras dengan sistem pendidikan negara yang berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa.

“Kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar, dan akta sedia ada serta pandangan pakar selain tokoh negarawan yang berkaitan dalam setiap perancangan dasar baharu, bukannya sekadar menerima cadangan dan terus melaksanakannya tanpa melihat kesan atau akibat dasar terbabit.

“Pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Adalah amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf, ini kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman, sekali gus boleh merosakkan suasana harmoni yang sudah sekian lama wujud di negara ini,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Ahad lalu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedia mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon mendapat kredit dalam Bahasa Melayu.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia selaras dengan janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Harussani berkata, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik yang sudah digubal dengan mengambil kira semangat perpaduan kaum bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu memelihara perpaduan nasional dan manfaatnya sudah dirasai rakyat sekarang.

Katanya, pengorbanan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Tan Siew Sin daripada MCA yang menghalang UEC pada zaman mereka adalah semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi.

“Mutakhir ini, bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum sedang dirosakkan oleh desakan pihak tertentu yang semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

“Bahasa Melayu sudah diiktiraf secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya. – BH Online

Tags: Tan Sri Harussani ZakariaUEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd