• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HFMD : Sebuah Bilik Darjah Diarah Tutup, 36 Murid Cuti

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah kelas di Sekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail 2 di sini diarahkan tutup dan kesemua 36 murid bercuti 10 hari selepas empat daripadanya dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan terdapat empat kes HFMD dilaporkan membabitkan murid lelaki tahun tiga sekolah itu.

“Menurut notis yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Kepong, hanya bilik darjah terbabit diarah tutup mulai semalam. Notis penutupan itu, bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dibuat selain memastikan pelajar lain tidak dijangkiti wabak sama,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekolah terbabit mendapati aktiviti persekolahan berlangsung seperti biasa dengan pengurusan sekolah juga mengesahkan kesemua murid daripada bilik darjah terbabit sudah bercuti, mulai hari ini.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat peningkatan kes HFMD apabila 35,886 kes kumulatif wabak itu direkodkan di seluruh negara dari 1 Jan hingga 23 Julai tahun ini.

Pada minggu ke-29 iaitu 15 hingga 21 Julai lepas, sebanyak 3,852 kes HFMD dilaporkan berbanding 2,346 pada minggu ke-28 iaitu 8 hingga 14 Julai, menunjukkan peningkatan sebanyak 1,506 kes atau bersamaan 64.2 peratus.

Katanya pada 23 Julai iaitu hari kedua minggu ke-30, sebanyak 564 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: HFMDSekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail 2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd