• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Tan Sri Isa Samad Dipecah Masuk

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Rumah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai Spring Heights dekat sini telah dipecah masuk kira-kira pukul 4.55 pagi tadi, mengakibatkan kerugian berjumlah RM14,900.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata ketika kejadian terdapat tiga dewasa dan empat kanak-kanak di dalam rumah tersebut, di mana dua daripada tiga mangsa dewasa telah diikat manakala kanak-kanak yang sedang tidur tidak diusik.

“Kedua-dua mangsa telah dikumpulkan di ruang tamu rumah dan telah diikat menggunakan wayar telefon serta ditutup dengan selimut.

“Suspek disyaki tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan parang dan pisau serta memakai topeng. Kami percaya mereka memasuki kediaman dua tingkat itu melalui tingkap gelongsor di belakang rumah,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Noor Azam berkata ketika kejadian seorang pengawal keselamatan yang menjaga rumah tersebut sedang tidur manakala kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi.

“Antara barang yang dicuri, wang tunai berjumlah RM5,700, dua utas rantai emas anggaran RM3,500, sebentuk cincin berbatu berlian anggaran RM1,200, seutas gelang tangan emas anggaran RM1,500 tiga buah jam tangan anggaran RM3,000.

“Pihak polis memohon agar orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kes ini supaya tampil untuk menyalurkan maklumat bagi membantu polis dalam menjalankan siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah MasukTan Sri Isa Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isa Samad Akan Didakwa

14/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, akan dihadapkan ke Mahkamah...

Isa Samad Didakwa Esok Berkaitan Kes Pembelian Hotel Oleh FIC

13/12/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd