• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Akan Toleransi Isu Jenayah Seks Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan tidak akan bertoleransi dengan isu-isu jenayah seks di sekolah dan akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana pihak yang terlibat, kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Maszlee berkata beliau memandang serius isu salah laku seksual dalam kalangan guru kerana bagi saya ia suatu jenayah yang berat.

“Sesungguhnya, tiada tempat bagi penjenayah seks di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, seorang guru lelaki berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Georgetown, Pulau Pinang ditahan selepas polis menerima laporan daripada beberapa murid lelaki mendakwa dicabul semasa sesi pembelajaran di sekolah berkenaan.

Pada 19 Julai pula, seorang guru lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah di Ampang, Selangor.

Maszlee menyarankan mangsa dan ibu bapa mangsa seksual segera tampil melaporkan termasuk kepada polis mengenai salah laku seksual oleh mana-mana guru agar tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Beliau turut menekankan bahawa pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri tidak mengambil sikap melindungi guru yang terlibat kerana ia hanya akan menyebabkan lebih ramai anak menjadi mangsa seksual.

“Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat dan aman untuk semua, lebih-lebih lagi anak kita.

“Guru bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing, dan tidak patut mengambil kesempatan sama sekali ke atas anak murid. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikJenayah Seksual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hantar ‘Sticker’ Lucah Umpan Gurauan Awal Uji Reaksi Mangsa, Dorong Jenayah Seksual – Polis

Hantar ‘Sticker’ Lucah Umpan Gurauan Awal Uji Reaksi Mangsa, Dorong Jenayah Seksual – Polis

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Hantaran 'sticker' lucah dalam aplikasi sosial dikenal pasti antara taktik awal digunakan dalam proses pengantunan oleh pemangsa seksual...

Mangsa Jenayah Seksual Kanak-Kanak Meningkat

Mangsa Jenayah Seksual Kanak-Kanak Meningkat

01/11/2024
0

PUTRAJAYA : Jumlah kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 26.5 peratus kepada 1,567 kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd