• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Hubungan Erat Negeri, Persekutuan Terus Terjalin

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kelantan berharap agar hubungan ‘kerajaan dengan kerajaan’ yang terjalin antara negeri dan Persekutuan terus erat atas semangat federalisme.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata beliau telah melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berakhir, yang menyaksikan Pakatan Harapan memimpin negara setelah kejatuhan Barisan Nasional (BN).

“(Dalam pertemuan itu) kita nyatakan perkara-perkara tersirat supaya hak-hak rakyat Kelantan terus terbela, terutama dalam perkara yang diputuskan Kerajaan Persekutuan (sebelum ini).

“Insya-Allah hubungan ini dapat diwujudkan dengan sebaik-baiknya menerusi jabatan-jabatan bersama seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) mengenai status hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan setelah perubahan pucuk pimpinan Persekutuan pasca PRU14.

Menjawab soalan tambahan dikemukakan Mohd Adhan berhubung kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa PAS dan Barisan Nasional (BN) kini seperti ‘adik-beradik’ berikutan hubungan baik pada penggal lalu, Ahmad berkata hubungan tersebut berlandaskan lunas-lunas yang ditetapkan dalam perlembagaan.

“Tidak berbangkit hubungan ‘adik-beradik’ atau tidak tetapi kita ikut lunas federalisme. Kerajaan Persekutuan wujud kerana adanya negeri-negeri.

“Yang paling penting adalah hak rakyat kita dibela. Mana-mana Kerajaan Persekutuan yang memerintah ada tanggungjawab yang diklasifikasikan dan kita mendesak Kerajaan Persekutuan menyempurnakan hak-hak kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad YakobKerajaan PH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

30/10/2022
0

GOMBAK : Langkah Sheraton yang digerakkan pada penghujung Februari 2020 menyaksikan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri...

Kesilapan Kerajaan PH Punca Waris Sultan Sulu Tuntut Pampasan

15/03/2022
0

SHAH ALAM – Kerajaan harus menyiasat punca dan mengambil tindakan segera atau kedaulatan negara boleh tergadai sekiranya isu mengenai tuntutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd