• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Hutang: PM Hina Parlimen, Beri Info Salah?

oleh
25/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Semalam netizen pro-Pakatan Harapan (PH) seronok kutuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi konon terdiam dengar jawapan ‘bernas’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia berkaitan soalan Presiden UMNO itu yang mahu pencerahan Perdana Menteri berhubung kesahihan isu hutang kerajaan didakwa cecah RM1 trilion ‘ditinggalkan’ Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Maka bangunlah Mahathir yang awal bulan ini menyambut ulang tahun ke-93 sebagai ketua kerajaan usia tertua di dunia itu dengan jawapan kurang jelas, malah menuduh Ahmad Zahid sebagai tidak faham data ekonomi makro.

Malangnya jawapan Pengerusi PH itu mengenai fakta hutang kerajaan pada 1980-an dan 1990-an kurang RM300 bilion atau bersamaan kira-kira 27 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nyata adalah ‘tipu’.

Perkara itu diakui Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang ikuti jawapan Mahathir di Dewan Rakyat dan dedah negara pernah mencatatkan hutang tertinggi pada 1986 dengan 103.4 peratus berbanding KDNK.

Beliau maha berkata, berdasarkan semakannya dengan data daripada Kementerian Kewangan, rekod 103.4 peratus ini juga adalah yang pa­ling tinggi dalam sejarah Malaysia dan ia berlaku ketika era pentadbiran Mahathir sendiri.

Ujar Shahril Sufian, sepanjang tempoh pemerintahan perdana menteri keempat itu selama 22 tahun bermula 1981 sehingga 2003, kadar hutang kerajaan berbanding KDNK yang paling rendah dicatatkan adalah pada tahun 1997.

Itupun cuma sebanyak 31.9 peratus. Berkenaan hutang luar pesisir pula, katanya, tahun 1986 juga menjadi rekod tertinggi dalam sejarah apabila peratusan hutang luar pesisir berbanding KDNK yang direkodkan 39.5 peratus.

“Saya ikuti sesi Dewan Rakyat sebelah pagi ini (semalam) dan berasa tertarik dengan jawapan Perdana Menteri bagi soalan lisan berkenaan pinjaman yang hendak dibuat oleh kerajaan dari Jepun,” katanya dalam akaun Facebook.

Shahril Sufian seterusnya memberitahu, beliau telah membuat semakan dari data yang diperoleh dari laman web rasmi Kementerian Kewa­ngan dan dapati jawapan Mahathir itu adalah jauh tersasar daripada kebenaran sebenar.

Katanya, walaupun benar hutang kerajaan sepanjang tempoh disebut Mahathir tidak pernah lebih RM300 bilion, namun apabila diban­dingkan dengan KDNK, Perdana Menteri ternyata telah memberi jawapan yang tidak benar.

Justeru ujar Shahril Sufian, Mahathir dengan jelas telah cuba mengelirukan Dewan Rakyat dan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana sengaja hina ahli majlis mesyuarat Parlimen dengan beri fakta salah ketika jawab soalan.

Beliau turut menyifatkan jawapan diberikan pemimpin negara itu sebagai tidak menggambarkan tahap ketelusan pentadbiran PH yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU lepas. Berikut kenyataan penuh Shahril Sufian:

HUTANG 1980-AN DAN 90-AN: YAB PERDANA MENTERI SALAH FAKTA ASAS.

1. Saya mengikuti sesi Dewan Rakyat sebelah pagi tadi dan berasa tertarik dengan jawapan Perdana Menteri bagi soalan jawab lisan berkenaan pinjaman yang hendak dibuat oleh kerajaan dari Jepun.

2. Dalam jawapan yang diberikan, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa hutang kerajaan pada tahun 1980an dan 1990-an adalah kurang dari RM300 bilion atau bersamaan sekitar 27% KDNK negara pada masa itu.

3. Saya telah membuat semakan dari data yang diperolehi dari laman web Kementerian Kewangan. Hasil semakan yang telah dibuat mendapati jawapan dari Perdana Menteri adalah jauh tersasar dari kebenaran sebenar.

4. Walaupun benar hutang kerajaan sepanjang tempoh yang disebutkan Perdana Menteri tidak pernah melebihi RM300 bilion, namun apabila dibandingkan dengan KDNK, Perdana Menteri ternyata telah memberi jawapan yang tidak benar dan mengelirukan Dewan.

5. Sebagai rekod, sepanjang tempoh kali pertama pentadbiran Perdana Menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981 sehingga 2003, kadar hutang kerajaan berbanding KDNK yang paling rendah dicatatkan adalah pada tahun 1997 iaitu sebanyak 31.9%.

6. Manakala rekod tertinggi yang dicatatkan adalah pada tahun 1986 iaitu sebanyak 103.4% berbanding KDNK. Rekod 103.4% ini juga adalah yang paling tinggi dalam sejarah semenjak tertubuhnya Malaysia.

7. Berkenaan hutang luar persisir pula, tahun 1986 juga telah menjadi rekod tertinggi dalam sejarah apabila peratusan hutang luar persisir berbanding KDNK yang direkodkan sebanyak 39.5%.

8. Dewan Rakyat sepatutnya dijadikan tempat untuk kerajaan menyatakan kebenaran. Namun apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri pada pagi tadi adalah sangat mengecewakan. Jumlah 27% yang disebut bukan sahaja tidak tepat malah boleh disifatkan salah secara mutlak dan terang.

9. Perdana Menteri dengan jelas telah mengelirukan Dewan. Suka saya memetik Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifat menghina Majlis Mesyuarat.

10. Rakyat telah membuat keputusan untuk memberi mandat kepada kerajaan baharu. Sementara Barisan Nasional sedang dalam proses menjadi pembangkang yang berkaliber, saya juga mengharapkan kerajaan hari ini juga dapat mengangkat slogan ketelusan yang selama ini dilaungkan.

Tags: HutangRM1 trilion
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd