• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Roboh Gerai Dikendali Warga Asing

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Enam belas gerai yang dikendalikan oleh warga asing di Jalan Tasik Selatan 20, Desa Tasik di Bandar Tasik Selatan dirobohkan dalam Operasi Meroboh Gerai Tanpa Lesen dan Terbiar oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penolong Pesuruhjaya Penguatkuasa DBKL, Osman Ismail memberitahu tindakan diambil berikutan beberapa aduan penduduk sekitar kawasan itu yang mendakwa terdapat beberapa gerai makanan dan buah-buahan yang diusahakan oleh warga asing terutama warga Indonesia.

“Pemantauan kami di kawasan itu beberapa minggu lalu mendapati terdapat 11 gerai yang mempunyai penjaga atau penyewa dari kalangan warga asing. Manakala, bakinya pula adalah gerai terbiar dan sengaja dibiarkan kosong tanpa sebarang perniagaan,” katanya kepada pemberita ketika taklimat operasi itu di Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Pahang, hari ini.

Tambahnya lagi, apa yang lebih mengejutkan ketika pemerhatian pihak penguatkuasa adalah terdapat pengendali gerai warga asing ini tidak mementingkan aspek kebersihan ketika berniaga seperti meletakkan daging ayam yang ingin dimasak di laluan pejalan kaki.

“Ini adalah operasi pertama pada tahun ini tetapi kawasan ini sudah banyak kali diserbu termasuk pada tahun lalu.

“Malah, pemilik asal iaitu warga tempatan juga sudah diberikan kompaun dan peringatan. Namun, mereka masih juga berdegil dan menyewakan tapak perniagaan mereka kepada warga asing,” katanya.

Operasi membabitkan 81 orang anggota penguatkuasa itu turut mendapat kerjasama agensi lain seperti polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Alam Flora Sdn Bhd. – myMetro Online

Video: Operasi DBKL Tutup Kedai Makan Kotor

Tags: DBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd