• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Bersemuka Diguna Untuk Kempen Cegah Denggi

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan sedang memperhebatkan usaha memerangi wabak denggi di pulau ini melalui pendekatan bersemuka dengan pemilik rumah dan penduduk kampung.

Pengarahnya Dr Ismail Ali berkata melalui pendekatan itu, pihaknya dapat mengingatkan golongan sasar secara peribadi akan tanggungjawab memerangi wabak denggi di pulau ini.

“Pendekatan begini berkesan dalam mengingatkan pemilik rumah mengenai keperluan mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dan memastikan persekitaran mereka bebas daripada pembiakan nyamuk,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, unit penguatkuasa jabatan itu juga telah digerakkan ke kawasan perumahan khususnya di rumah pangsa kos rendah, kawasan pembinaan, kampung, longkang dan taman-taman awam untuk memeriksa kemungkinan terdapat tempat pembiakan nyamuk.

Beliau turut mengingatkan bahawa kes demam denggi telah mencapai tahap yang kritikal di negeri lain dan masyarakat di setiap peringkat di pulau itu perlu mengambil langkah pencegahan untuk menjaga kawasan persekitaran mereka.

Dr Ismail berkata kempen kesedaran dan memerangi denggi akan terus diadakan dengan risalah pencegahan demam denggi diedarkan kepada semua kawasan perumahan, tempat awam, restoran dan sekolah.

“Walaupun, Labuan merupakan antara negeri yang mempunyai kes denggi terendah iaitu hanya 11 kes tahun lepas, namun kita tidak boleh menghentikan kempen dan mengedarkan risalah dalam jumlah yang besar kepada orang ramai,” katanya.

Kes demam denggi di negara ini mencatat peningkatan luar biasa dalam tempoh tiga minggu pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=RcsXqTG8BCI

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd