• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Tembak Toronto Alami Masalah Mental

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TORONTO – Lelaki yang dituduh menembak 15 orang dan membunuh dua lagi di sebuah restoran dipenuhi pelanggan di sini semalam mengalami masalah mental, kata ahli keluarganya dalam satu kenyataan kepada polis, lewat malam tadi.

Kurang dari tempoh 24 jam selepas kejadian, Unit Siasatan Khas (SIU) berjaya mengesahkan identiti suspek sebagai Faisal Hussain, 29 yang juga seorang penduduk tempatan..

Menurut pihak berkuasa, Faisal ditemui mati selepas kes berkenaan.

“Kami tidak tahu mengapa kejadian ini boleh berlaku,” kata Ketua Polis Toronto, Mark Saunders kepada wartawan sambil menambah, beliau tidak mahu memberikan sebarang spekulasi berhubung motif penyerang.

“Terlalu awal untuk membuat keputusan berhubung kejadian ini,” katanya.

Menurut SIU, suspek dengan bersenjatakan pistol melepaskan tembakan rambang pada jam 10 malam waktu tempatan, Ahad lalu di sepanjang jalan Danforth Avenue yang dipenuhi restoran dan tarikan mesra keluarga di kawasan kejiranan Greektown.

“Kami amat berduka dengan laporan berita bahawa anak kami bertanggungjawab melakukan serangan ganas yang meragut nyawa manusia,” tulis keluarga Faisal dalam satu kenyataan, sambil menambah pemuda berkenaan mengalami masalah mental termasuk kemurungan dan psikosis sepanjang usianya.

“Kami berusaha memberikan dia rawatan terbaik bagi membantu anak kami berdepan masalah itu dan tidak menyangka kejadian seburuk ini boleh berlaku,” kata mereka. – Reuters/BH ONLINE

Tags: kes tembakPesakit Mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd