• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Peruntuk RM17 Juta Untuk KKIA

oleh
23/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntukkan RM17 juta untuk mengalakkan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.

Peruntukan itu bertujuan membantu aktiviti pemasaran destinasi yang dijalankan oleh kerajaan negeri Sabah dan syarikat penerbangan untuk mempromosikan lagi laluan baharu, termasuk Wuhan, Guangzhou, Hangzhou, Shenzen, Taipei dan Singapura, menurut pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataan hari ini.

MAHB berkata, pada separuh pertama 2018, KKIA mencatatkan pertumbuhan trafik penumpang pada tujuh peratus berbanding tempoh yang sama 2017.

“Pertumbuhan yang memberangsangkan ini didorong terutamanya oleh peningkatan pergerakan trafik penumpang antarabangsa, sekali gus menunjukkan Sabah merekodkan jumlah pelancong yang tinggi sejak beberapa tahun ini,” menurut MAHB.

Pergerakan trafik penumpang antarabangsa meningkat daripada 1.6 juta pada 2014 dan 2015 kepada 2.1 juta pada 2016, iaitu kenaikan 27 peratus.

Tahun lepas, angka itu meningkat 22 peratus kepada 2.5 juta.

Sementara itu, MAHB berkata langkah untuk menggabungkan semua operasi lapangan terbang dan penerbangan di bawah satu bumbung di Terminal 1 (T1) KKIA telah memberi manfaat yang amat besar kepada pelancongan negara, khususnya bagi Sabah.

Selain kemudahan yang lebih baik, T1 juga memiliki kelebihan dari segi kesalinghubungan lebih luas dan menawarkan peluang pertumbuhan lebih tinggi untuk syarikat penerbangan.

“Enam syarikat penerbangan antarabangsa baharu telah mula beroperasi di KKIA dengan membawa pelancong dari Korea Selatan, China, Taiwan dan Jepun,” menurut MAHB, dan menambah, setakat ini 25 syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang itu. – BERNAMA

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd