• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Dusun Dapat Manfaat Daripada Projek Berkelompok

oleh
23/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Seratus dua puluh pemilik dusun di Mukim Malau, di sini bakal mendapat manfaat daripada Projek Berkelompok Dusun Buah-Buahan yang diwujudkan Jabatan Pertanian Kubang Pasu dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran mereka di daerah ini.

Pegawai Pertanian Daerah Kubang Pasu, Nurashikin Abdul Razak berkata projek tersebut membabitkan hampir 500 hektar dusun buah-buahan lama (tua) di Kampung Gajah, Bayas di sini termasuk dusun durian, manggis, dokong, cempedak dan rambutan.

Beliau berkata selain membekalkan benih-benih baharu bervarieti tinggi, peserta juga akan dibantu dari segi input pertanian serta teknologi pertanian terkini yang dapat meningkatkan hasil pengeluaran buah-buahan masing-masing.

“Kita telah wujudkan anggota jawatankuasa projek berkelompok ini hari ini, dan segala data peserta dikumpul untuk kita sama-sama bergerak dan melihat kawasan dusun peserta yang perlu dipulihkan dan berpotensi untuk dimajukan.

“Selesai musim buah pada Ogos ini, kerja-kerja pemangkasan dan pembajaan akan dilakukan sebagai permulaan selain membuat cantuman dengan anak pokok durian berkualiti dan mendapat permintaan tinggi daripada pengguna seperti Musang King dan Duri Hitam,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan peserta projek itu, di sini, hari ini.

Menerusi projek berkelompok itu, pelbagai insentif dan bantuan disediakan termasuklah insentif tanaman semula, insentif pembersihan kawasan baharu dan pemulihan tanah melalui pensampelan yang diambil.

Nurashikin berkata peserta juga akan dibantu dalam usaha mendapatkan pensijilan Malaysia Good Agricultural Practices (myGAPE) sebelum mereka boleh memasarkan hasil pengeluaran sehingga ke luar negara.

Sementara itu, pengerusi penaja projek berkenaan, Nor Hizam Alias berkata rata-rata peserta menyambut baik projek berkelompok tersebut kerana banyak membantu mereka dalam membangunkan lagi dusun-dusun masing-masing.

“Dengan projek ini, saya yakin lebih perhatian akan diberi dan berharap permohonan kami untuk mendapatkan senjata api bagi mengawal haiwan perosak seperti tupai, kera dan babi hutan dapat diluluskan agar hasil yang kami dapat tidak dimusnahkan begitu sahaja,” katanya.

Seorang peserta, Amran Ismail, 40, berkata projek berkelompok itu diharap dapat meningkatkan hasil pengeluaran peserta daripada RM10,000 per hektar kepada RM20,000 per hektar. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd