• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Bekerja 36 Jam Sehari Jika Saya Boleh”

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kini bekerja siang dan malam dan akan “bekerja 36 jam sehari” jika boleh.

“Saya sudah pun memanjangkan masa saya selama yang boleh. Saya bekerja 24 jam sehari, jika anda boleh carikan saya lebih banyak masa dalam sehari, katakanlah 36 jam, saya akan bekerja selama 36 jam juga,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Perdana menteri mengulas tentang dakwaan jumlah kehadiran menteri dan timbalan menteri yang rendah dalam persidangan Dewan Rakyat, dan sama ada beliau bercadang untuk mewujudkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi mereka.

Dr Mahathir berkata menteri dan timbalan menteri perlu menghadiri persidangan parlimen seberapa kerap yang boleh.

Bagaimanapun, tegas beliau, mereka juga mempunyai tanggungjawab lain untuk dilaksanakan.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan jumlah kehadiran di pihak kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, perdana menteri berkata: “Saya tidak pernah berpuas hati dengan apa pun tetapi saya fikir mereka perlu menambah baik dan perlu ada alasan yang sewajarnya untuk tidak hadir.”

Rabu lepas, anggota parlimen daripada pembangkang mengkritik beberapa menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir dalam sesi tengah hari persidangan Dewan Rakyat, oleh kerana Kabinet mengadakan mesyuarat mingguan mereka di Putrajaya.

Kerajaan kemudian mengubah mesyuarat mingguannya kepada Jumaat apabila Dewan Rakyat bersidang. – BERNAMA

Tags: bekerjaTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd