• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Banyak Baca Buku Jika Guna Kasut Hitam

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Kepayang, Dr. Ko Chung Sen mempertahankan langkah Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik mewajibkan penggunaan kasut warna hitam dalam kalangan pelajar sekolah bermula tahun depan.

Chung Sen berkata, penggunaan kasut hitam sangat bermanfaat untuk murid sekolah kerana murid sekolah akan mempunyai lebih banyak masa untuk baca buku kerana mereka tidak lagi perlu basuh dan memutihkan kasut sekolah pada hari cuti.

“Mereka yang mengkritik tidak dapat memikirkan masa yang diambil untuk membasuh, mengeringkan dan memutihkan kasut sekolah dengan kapur lebih baik digunakan oleh pelajar untuk membaca buku,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Chung Sen berkata, hujah bahawa kasut sekolah warna putih bertujuan mendidik murid tentang disiplin dan kebersihan tidak kuat kerana kasut sekolah murid daripada keluarga kaya pasti lebih bersih sebab kasut mereka dibasuh oleh orang lain.

Kata beliau, kasut warna hitam dapat melindungi kesihatan murid sekolah kerana murid sekolah di kawasan pendalaman akan membuka kasut putih ke sekolah untuk mengelakkan kasut mereka daripada kotor.

Selain itu, katanya, ibu bapa dapat menjimatkan wang memandangkan kasut hitam lebih tahan lama kerana kurang digosok dan dibasuh serta boleh digunakan untuk aktiviti selepas sekolah dan kokurikulum oleh anak mereka.

Tambah beliau, kasut warna hitam akan menjimatkan penggunaan air dalam negara sebanyak 23.86 juta liter seminggu.

Malah, dakwa beliau, penggunaan kasut sekolah warna putih pencemaran alam sekitar kerana lebih 1 bilion air yang dicemari dengan bahan pencuci beracun tinggi dilepaskan setiap tahun.

“Pandangan kasut warna hitam menyerap panas dan tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia untuk murid sekolah tidak realistik. Tiada kaki sesiapa terbakar pakai kasut hitam,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Isu kasut hitammurid sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LHDNM (HASiL) Sumbang Kelengkapan 45 Orang Murid Sekolah Sekitar Keningau

LHDNM (HASiL) Sumbang Kelengkapan 45 Orang Murid Sekolah Sekitar Keningau

09/03/2023
0

Keningau, 9 Mac 2023 – Tanggal 19 Mac akan datang merupakan sesi baharu persekolahan bagi sesi 2023/2024. Sehubungan itu, Lembaga...

‘Laksana Segera Pelan Pemulihan Pendidikan Atasi Keciciran Murid’

06/12/2021
0

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan (KPM) disaran melaksanakan segera Pelan Pemulihan Pendidikan dalam menangani isu keciciran pendidikan membabitkan 21,316 murid ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd