• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ya Allah! Selamatkanlah Negara Kami”

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Individu seperti Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy) ini kita anggap berbahaya kepada kesejahteraan kaum dan agama dalam negara,” kata Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Kata beliau, organisasi Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang dikaitkan dengan Ramasamy malah telah pun diisytiharkan sebagai pengganas diperingkat antarabangsa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ia amat merbahaya kepada keselamatan setiap rakyat Malaysia terutama yang berbeza dan mengkritik mereka.

“Inilah yang kita lihat dari keganasan mereka seperti mana mereka telah membunuh Rajiv Gandhi melalui pengebom berani mati,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Justeru, Mohd. Asri mengucapkan tahniah kepada pihak yang bertegas menuntut kerajaan Malaysia mengambil tindakan keatas Ramasamy yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE

“Semoga Allah semua individu yang bangkit dengan tegas dalam isu ini. Ya Allah! Selamatkanlah negara kami,” katanya.

Hari ini, bekas Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi turut menyeru orang ramai menyertai perhimpunan Jumaat ini bagi mendesak Ramasamy meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Kata beliau, Ramasamy telah banyak mencetuskan hasutan kepada rakyat berbilang bangsa di negara ini atas tujuan kepentingan diri sendiri.

Isu berkenaan Ramasamy walaupun telah beberapa minggu dibangkitkan oleh pihak berkepentingan agama Islam di negara ini, namun seolah-olah dipandang sepi oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Sehingga hari ini, tiada mana-mana anggota Kabinet dilihat mengambil peduli desakan umat Islam yang bimbang tentang kedudukan Ramasamy dalam kerajaan Pakatan Harapan, malah isu itu disisihkan daripada laporan media arus perdana.

Baru-baru ini, umat Islam Pulau Pinang mengadakan demonstrasi di Masjid Sheikh Eusoff bagi mendesak pihak berkuasa menahan Ramasamy kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pelampau Tamil, LTTE.

Perhimpunan itu juga bagi menyatakan sokongan kepada pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik yang berhadapan risiko dihantar pulang ke India oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Demonstrasi itu diadakan susulan tindakan Ramasamy dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Hindu termasuk Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) meminta kerajaan Pakatan Harapan mengusir dan menghantar pulang Dr. Zakir ke India.

Beberapa menteri Pakatan Harapan termasuk M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar malah membangkitkan tentang Dr. Zakir dalam mesyuarat Kabinet beberapa minggu lalu.

Kulasegaran kemudian memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan akan akur jika kerajaan India mengemukakan permintaan rasmi supaya Malaysia menghantar Dr. Zakir pulang ke India.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Shri Raveesh Kumar pula dilaporkan mengesahkan permohonan itu wujud dan permohonan ekstradisi Dr. Zakir ke India sedang dipertimbangkan secara aktif” oleh kerajaan Malaysia.

Dr. Zakir dikehendaki oleh kerajaan India kerana kononnya terlibat dalam aktiviti keganasan memperoleh status pemastautin tetap di Malaysia semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau merupakan pakar perbandingan agama dan pendakwah Islam antarabangsa yang berjaya membuat ramai penganut bukan Islam menyakini dan memeluk agama Islam dalam siri ceramah-ceramahnya di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.TV

Tags: dr.mazaP. Ramasamy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

Azmin Tamak, Egoistik, Tiada Integriti – Ramasamy

26/02/2020
0

PETALING JAYA - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyelar Azmin Ali berhubung pembabitannya dalam rundingan dengan ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd