• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusri Mahu Pemain Kelantan Kekal Fokus

oleh
22/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah mahu pemainnya terus memberikan tumpuan dalam perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok walaupun pasukan itu hampir ditendang ke saingan Liga Premeir musim depan.

Jurulatih kelahiran Perlis itu berkata pemain perlu berusaha untuk mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan kedua terakhir saingan Liga Super musim ini bagi memperbaiki kedudukan liga dan sekurang-kurangnya layak untuk beraksi pada kempen Piala Malaysia.

“Pemain perlu memberikan lebih tumpuan dan menggunakan peluang untuk menang malam esok kerana tiga mata itu amat bermakna ketika pasukan berada di zon penyingkiran,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam dua perlawanan terakhir menentang Terengganu dan Pahang ini, The Red Warriors (TRW) wajib memperoleh mata penuh bagi setiap perlawanan bagi menentukan nasib mereka kekal di Liga Super atau tersekular daripada saingan itu.

TRW juga bergantung harap kepada pasukan di tangga kesembilan dan kesepuluh tewas pada dua perlawanan terakhir liga dan untuk layak beraksi pada dalam saingan Piala Malaysia, pasukan itu perlu berada di kedudukan ke-11.

Yusri berkata beliau mengakui TRW berdepan laluan sukar untuk mengutip tiga mata penuh memandangkan TFC juga mahu menamatkan saingan di kedudukan terbaik.

“Kita tahu perlawanan akan sengit namun pemain harus memberikan komitmen yang tinggi dan mereka perlu cuba mencari keputusan positif ketika bertandang ke tempat lawan, ” katanya.

Katanya pada pertemuan itu beliau mungkin akan melakukan rombakan bagi memperbaiki pasukan sekaligus barisan yang diketengahkan mampu mencipta keputusan yang positif.

“Kita akan cuba melakukan rombakan sedikit tetapi ia terpulang kepada kondisi pemain pada hari perlawanan termasukalah tiada penggantungan atau kecederaan yang dialami mereka.

“Saya cuba turunkan kebelasan terbaik dengan pemain muda yang ada dan saya yakin dan hormati mereka kerana terus berjuang walaupun tertekan dalam suasana dan persekitaran ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Yusri Che Lah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yusri Che Lah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM-MSN

10/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Jodoh bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah bersama Skuad Projek FAM-MSN tidak kekal lama apabila beliau meletak jawatan...

Ketua Jurulatih: KAFA Masih Tunggu Keputusan Yusri

03/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih menunggu keputusan Yusri Che Lah bagi pengesahan jawatan ketua jurulatih pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd