• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan CIMB Tutup Pejabat Di Australia

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan CIMB akan menutup pejabatnya di Sydney dan Melbourne susulan kajian semula strategik ke atas keseluruhan perniagaannya.

Keputusan itu dibuat selepas pengumuman kumpulan itu yang menjalankan kajian bagi mengurangkan kos operasi ekuiti dan perbankan pelaburan di Asia Pasifik sebanyak 30 peratus pada 2015.

“Kami sudah mengkaji secara mendalam ke atas perniagaan perbankan pelaburan kami di Asia Pasifik. Keadaan pasaran modal hari ini dan ketiadaan aliran mencukupi secara langsung menjurus kepada keputusan ini,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata platform perbankan pelaburan Kumpulan CIMB di Asia tidak berubah.

Keputusan itu memberi impak ke atas majoriti 103 pekerja CIMB Australia yang akan ditawarkan peluang pekerjaan semula dan sokongan pemberhentian.

CIMB akan menyokong pelanggannya yang mahu mengakses pasaran Australia menerusi pakatan strategik sedia ada dengan Morgans Financials Ltd. – BERNAMA

Tags: CIMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Auto Debit Bayaran Pinjaman Bank Sepatutnya Tak Berlaku

05/04/2020
0

PUTRAJAYA - Pemotongan auto debit melalui akaun bank tidak sepatutnya berlaku bagi pinjaman perbankan selari dengan penangguhan bayaran dilakukan oleh...

Grab, Razer, AirAsia Antara Firma Bida Lesen Bank Digital

23/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Grab; firma perjudian, Razer; AirAsia; syarikat telekomunikasi, Axiata dan CIMB merupakan antara syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd