• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Merdeka’ Daripada PATI Mulai 31 Ogos

oleh
21/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Imigresen berikrar untuk ‘memerdekakan’ negara daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 31 Ogos depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya akan mempergiatkan operasi menahan PATI mulai tengah malam pada tarikh tersebut.

Beliau berkata PATI yang ditangkap termasuk majikan terbabit tidak akan diberi ‘muka’ dan perlu berhadapan tindakan undang-undang kerana Imigresen sudah memberi peluang secukupnya kepada mereka.

“Kita memulakan Program Serah Diri Sukarela yang dikenali sebagai 3+1 untuk pendatang asing ini tampil membayar denda dan diusir pulang ke negara asal.

“Jadi mereka masih berpeluang untuk menyerah diri sehingga 30 Ogos sebelum kita mengambil pendekatan lebih tegas,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Mega di dua tapak pembinaan di Jalan Gambang di sini, hari ini.

Mustafar berkata setakat ini, Op Mega yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Julai lalu telah menahan lebih 3,000 PATI atas pelbagai kesalahan.

Selain kesalahan tidak mempunyai permit bekerja yang sah, beliau berkata ada antara mereka mempunyai permit kerja dengan majikan berbeza kerana melarikan diri daripada majikan asal.

Mengulas mengenai operasi di Jalan Gambang itu, Mustafar memaklumkan 84 pendatang asing itu adalah dalam lingkungan empat hingga 60 tahun, dan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh serta Myanmar.

Mustafar berkata pihaknya juga berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat membantu Imigresen dalam soal berkaitan penempatan pendatang asing, yang disifatkan tidak kondusif dalam soal kebersihan.

“Penempatan mereka kebanyakannya dibina dalam keadaan tidak mempunyai sistem pembuangan sampah teratur, sistem saliran dan tandas yang tidak baik, serta berisiko penularan penyakit.

“Sedangkan isu berkaitan kesihatan merupakan keutamaan negara sehingga mana-mana warga asing yang mahu bekerja di negara ini perlu mematuhi semua syarat kesihatan sebelum diberikan permit,” katanya.

Mustafar berkata kewujudan penempatan haram pendatang asing itu juga boleh menimbulkan keresahan terhadap warga tempatan, terutamanya yang dibina berhampiran kawasan perumahan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mustafar Alipendatang asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18 Anggota Keselamatan Terlibat Sindiket Jenayah Ditahan

18/06/2020
0

JOHOR BAHRU - Demi bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan, sekumpulan pegawai dan anggota pasukan keselamatan dipercayai sanggup menjual maklumat kepada sindiket...

Kos Beli Vaksin Pendatang Asing Akan Diumumkan

16/12/2019
0

IPOH - Kos perbelanjaan untuk membeli bekalan vaksin bagi disuntik kepada pendatang asing di negara ini akan diumumkan bila tiba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd