• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelidik Australia Kenal Pasti Spesis Dinosour Baharu

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Satu spesies dinosaur baharu telah ditemui dan dinamakan oleh para penyelidik Australia sedekad selepas fosilnya digali, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

Tulang dinosaur “Akainacephalus johnsoni,” sejenis herbivor kira-kira lima meter panjang dengan perisai berduri, berkaki empat dan mempunyai ekor seperti belantan itu tergolong dalam keluarga Ankylosaurid serta hidup lebih 75 juta tahun lepas, lapor media tempatan memetik kenyataan penyelidik Universiti James Cook, Jelle Wiersma, pada Jumaat.

Nama itu berasal dari bahasa Yunani yang merujuk kepada duri atau keadaan tercacak dan kepala.

Tulang dinosaur itu ditemui di Utah, Amerika Syarikat sedekad lepas dan paleontologi telah mengkajinya sejak penemuan tersebut.

Kira-kira 76 juta tahun lepas, Utah adalah panas, lembap, memiliki sungai, anak sungai dan paya yang bersilang-silang serta mengalir perlahan, dengan pokok konifer besar dari jenis seperti sipres, kata Wiersma yang mengetuai laporan berhubung spesies baharu itu.

“Ia mempunyai pelbagai tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menghuni kawasan itu di darat mahupun dalam air yang amat berbeza dengan flora dan fauna hari ini.”

“Kami mendapat lebih banyak pemahaman berkaitan kepelbagaian hidupan ketika itu … dan ia turut membantu kita untuk lebih memahami persekitaran moden.”

Rangka Akainacephalus dijadual dipamerkan di Muzium Sejarah Semula Jadi Utah minggu ini. –BERNAMA

Tags: dinosourPenyelidik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

19/05/2023
1

KUALA LUMPUR : Tajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari negara berhadapan konflik antara isu dibincangkan dalam...

Malaysia Perlu Terus Tekan Institusi Antarabangsa Henti Kekejaman Israel

Penyelidik Bimbang Pencairan Ais Antartika Tingkatkan Paras Laut

08/04/2023
0

LONDON: Satu kajian baharu mendedahkan kadar pencairan ais di Antartika didapati me­nimbulkan kebimbangan baharu penyelidik berhubung pe­ningkatan paras laut. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd