• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Warga KKMM Perlu Pastikan Kejayaan Pentadbiran

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) khususnya di Sabah diminta untuk terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan bagi membawa lebih banyak perubahan sekali gus memastikan kejayaan pentadbiran kerajaan.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata kerjasama agensi di bawah kementerian itu termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) juga adalah perlu bagi membolehkan maklumat berkenaan polisi kerajaan disalurkan kepada masyarakat pada setiap masa.

“Ini adalah satu tanggungjawab kita semua kerana masyarakat di luar sana hanya akan tahu pencapaian kerajaan dengan adanya maklumat disalurkan kepada mereka… Kita juga perlu bersatu dalam usaha mempertingkat kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” katanya berucap pada program lawatan rasmi ke KKMM Sabah di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkifli Salleh, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka dan pemangku Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

Gobind turut memberi jaminan akan mengadakan lawatan ke pejabat agensi di bawah kementerian itu di setiap negeri bagi membolehkan pihaknya berbincang dan seterusnya mendapatkan maklum balas berhubung kaedah terbaik dalam mempertingkat kualiti dan standard perkhidmatan.

Gobind turut mengingatkan warga kementerian agar mengubah cara berfikir selain menguasai teknologi baharu bagi membolehkan diri mereka bersaing dalam revolusi industri penyiaran serta penerbitan bahan berita terkini yang semakin mencabar.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian akan terus berusaha memartabatkan penerbitan karya tempatan dengan melantik panel khusus bagi membuat keputusan berhubung kaedah pemberian dana kepada bakat tempatan dalam menghasilkan dokumentari atau filem.

Langkah itu perlu kerana setiap negeri mempunyai nilai budaya serta kisah tempatan tersendiri yang wajar diketengahkan selain karya bakat tempatan khususnya dari Sabah dan Sarawak harus mendapat sokongan serta bantuan promosi dalam saluran RTM, katanya. – BERNAMA

Tags: KKMmedia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd