• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wani Kayrie Tebus Kecewa Di Indonesia

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kekecewaan penyanyi, Wani Kayrie yang gagal menyertai World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2018, minggu lalu terubat apabila bakal beraksi dalam sebuah program realiti, sebelum ke Indonesia mencari peluang lain.

Wani yang popular dengan lagu Jangan Jangan berkata, penyertaannya dalam program realiti itu akan diumumkan minggu depan, seterusnya menyahut cabaran ke Indonesia untuk sebuah pertandingan lain.

“Saya bertuah apabila syarikat rakaman, SRC memberi sepenuh kepercayaan terhadap bakat. Mungkin rezeki saya bukan di WCOPA, tetapi dalam pertandingan lain.

“Saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Memang kecewa, namun saya teruja apabila masih mendapat kepercayaan untuk membawa nama negara di mata luar,” katanya.

Wani juga berharap, isu pembatalannya menyertai WCOPA 2018 di Hollywood, California tidak disalah anggap kerana ia bukan berpunca daripada masalah penajaan.

Dia sebaliknya, membuat keputusan menarik diri apabila memikirkan kos keseluruhan untuk ke sana terlalu besar, mencecah RM20,000.

“Bukan tiada penaja kerana sudah beberapa pihak sudah menyatakan persetujuan untuk menanggung perbelanjaan saya di sana.

“Selepas memikirkan kos yang besar, selain pernah menyertai pertandingan itu, saya batalkan niat ke sana. Memang ia keputusan yang sukar, namun saya sudah mempertimbangkan perkara itu dari pelbagai sudut.

“Cuma, mungkin terdapat sedikit salah faham apabila ada pihak menganggap saya tidak jadi bertanding kerana masalah dana,” katanya.

Terdahulu, dalam satu laporan menyatakan, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 18, menarik diri daripada menyertai pertandingan nyanyian itu disebabkan ketiadaan penaja.

Wani sebelum ini, pernah menyertai pertandingan yang sama pada 2012 dalam kategori junior dan membawa pulang satu pingat emas, tiga perak dan satu gangsa. – BH Online

Tags: gagalWorld Championship of Performing Arts (WCOPA)
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd