• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran 33.1 Juta Pelancong Boleh Dicapai

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yakin sasaran kedatangan 33.1 juta pelancong ke Malaysia pada tahun ini akan dicapai walaupun kemasukan mereka agak perlahan pada empat bulan pertama 2018, kata Menterinya Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata kementerian akan mengerakkan aktiviti promosi dan pemasaran pelancongan yang lebih agresif dan konsisten bagi mencapai sasaran itu.

Ketibaan pelancong luar dari Januari hingga April lepas adalah seramai 8.47 juta, satu kadar yang agak rendah bagi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang sememangnya dikenali dunia.

“Memang sasaran 33.1 juta pelancong adalah besar tetapi dengan publisiti dan program promosi di luar negara yang berstrategi serta berterusan, kita yakin sasaran itu boleh dicapai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian yang turut dihadiri timbalannya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Mohamaddin berkata keyakinan itu turut bersandarkan kepada peningkatan lebih 37 dan 12 peratus pelancong masing-masing dari China dan India, dua negara yang menjadi sasaran utama kementerian dari aspek kemasukan pelancong.

Mengenai faktor ketibaan pelancong yang rendah, beliau berkata musim pilihan raya umum menjadi antara penyebab utamanya selain pelawat dari Singapura dan Brunei yang sebelum ini memilih Malaysia sebagai destinasi utama percutian mengubah haluan ke negara lain.

“Biasanya pelancong tidak akan datang ke negara yang berada dalam tempoh pilihan raya tetapi selepas semuanya selesai, trend kemasukan akan kembali meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamaddin berkata kementerian akan melaksanakan minggu kebudayaan di Malaysia sebagai antara usaha memperkenal dan memartabatkan kebudayaan serta kesenian tanah air. – BERNAMA

Tags: kementerian pelanconganPelancong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

05/08/2026
0

Pada masa kini, perjalanan antarabangsa menjadi jauh lebih mudah. Anda boleh menempah penerbangan, penginapan, pengangkutan, dan menggunakan peta semuanya secara...

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd