• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durian Di Kulim Berharga Serendah RM1

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Tidak sampai 15 minit lori sampai di tapak gerai dan bakul durian diturunkan, habis semuanya direbut orang gara-gara raja buah itu yang dijual dengan harga serendah RM1 sebiji.

Penjual durian Aizawati Abdul Latib, 34, berkata sejak durian kampungnya dijual dengan harga murah di Taman Mutiara, Sungai Kob di sini mula tular dalam laman sosial beberapa hari lalu, permintaan terhadap buah berduri itu semakin meningkat.

“Kami jual RM1 sebiji sebab buahnya jenis durian kampung yang bersaiz kecil, namun isinya tetap baik dan sedap serta dalam masa sama, mahu semua orang termasuk yang agak tidak berkemampuan dapat merasa durian yang baik.

“Orang berebut sebab kami jual tak banyak dan jumlah durian RM1 bergantung kepada berapa banyak yang kami dapat daripada pembekal di Balik Pulau, Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setiap hari sekurang-kurangnya beliau akan menjual empat bakul besar dengan anggaran 70 biji durian satu bakul, termasuk durian jenis lain yang dijual sekitar RM 3 hingga RM35 sekilogram.

“Antaranya ialah D14 (RM12 sekilogram), D15 (RM18 sekilogram), Kacang Hijau (RM18 sekilogram) dan Kimpo (RM35 sekilogram) manakala durian kampung pula dijual antara RM3 hingga RM10 sekilogram.

“Secara kasar, kami menjual sekurang-kurangnya dua tan pelbagai jenis variati durian kampung dan kahwin setiap hari,” katanya.

Aizawati memberi jaminan yang pembeli boleh datang menukar durian baharu sekiranya buah yang dibeli pada mulanya tidak elok, selain turut menyediakan perkhidmatan mengopek durian untuk disimpan ke dalam bekas plastik bagi memudahkan pelanggan. – BERNAMA

Tags: Buah Durianpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd