• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Perumahan Negara Baharu Bakal Diperkenal

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dasar Perumahan Negara yang baharu bertujuan memudahkan pemilikan rumah oleh rakyat akan diperkenalkan akhir tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata melalui dasar baharu itu, polisi-polisi yang akan diubah akan membantu memudahkan proses pinjaman dan perundangan untuk rakyat memiliki kediaman sendiri.

Kementerian mengadakan pertemuan bagi berbincang dengan Bank Negara, Kementerian Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, bank-bank, persatuan pemaju dan persatuan pembeli bagi merumuskan dasar baharu itu.

“Matlamat kerajaan adalah untuk memudahkan pemilikan harga rumah dengan perubahan polisi-polisi berkaitan, perundangan, pembiayaan dan konsep-konsep rumah,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek perumahan penjawat awam, Pudina di Presint 17 di sini hari ini.

Zuraida juga memaklumkan semua projek perumahan rakyat seperti PR1MA, PPA1M, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) akan diletakkan di bawah kementeriannya Ogos ini.

“Buat masa ini, projek berkenaan diuruskan oleh beberapa kementerian dan agensi yang berlainan,” katanya.

Mengulas sama ada beberapa harga bahan seperti simen dan batu bata akan lebih murah selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), Zuraida berkata adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat harga rumah turun apabila adanya penjimatan kos.

Akta SST yang bakal dilaksanakan 1 Sept ini mencadangkan cukai jualan ditetapkan 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus. – BERNAMA

Tags: Jabatan Perumahan NegaraZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd