• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N. Sembilan Catat 1,350 Kes HFMD Setakat Semalam

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 1,350 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) hingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau dalam kenyataan di sini, hari ini berkata jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 139.8 peratus berbanding 536 kes pada tempoh sama tahun lepas.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 950 kes di daerah Seremban, Jempol (102), Port Dickson (75), Rembau (73), Kuala Pilah (63), Jelebu (46) dan 41 kes di Tampin. Tiada sekolah yang ditutup sepenuhnya di Negeri Sembilan.

“Jumlah premis masih ditutup adalah dua taska dan satu prasekolah di Sekolah Kebangsaan Paroi, Seremban. Hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mendapati tiga pelajar prasekolah di SK Paroi, dijangkiti dan kesemuanya mendapat rawatan pesakit luar dan stabil,” katanya.

Veerapan dalam pada itu meningatkan orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga pusat kanak-kanak di taska, tadika, tabika dan prasekolah supaya mengambil langkah pencegahan termasuklah memastikan kebersihan premis serta melakukan saringan di pintu masuk premis bagi memastikan tiada kanak-kanak dijangkiti.

“Selain itu, mereka perlulah melaporkan kluster HFMD kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan,” katanya.

Selain pengusaha dan penjaga pusat jagaan kanak-kanak, beliau turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya anak yang dijangkiti tidak dibawa ke tempat awam, sekolah, tadika dan taska bagi mengelakkan kanak-kanak lain turut menerima jangkitan. – BERNAMA

Tags: HFMDNegeri Sembilan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd