• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33,425 Kes HFMD Dilaporkan Sehingga Semalam

oleh
19/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 33,425 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara sehingga semalam dengan kebanyakan negeri kecuali Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada minggu ke-29 tahun ini iaitu sehingga semalam sebanyak 722 kes dilaporkan dan Selasa lalu sebanyak 18 premis ditutup melibatkan enam taska dan 12 tadika.

“Ini menjadikan jumlah premis ditutup sehingga kini adalah 419 premis iaitu 198 taska, 197 tadika dan 23 sekolah,” katanya dalam satu kenyataan ,di sini hari ini.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71) yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

Dr Noor Hisham berkata kementeriannya akan terus memantau situasi HFMD dan orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan.

“Ibu bapa mahupun pengusaha taska dan tadika perlu membawa anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD dan memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

“Jangan bawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat awam kerana boleh merebakkan jangkitan, amalkan budaya mencuci tangan dengan bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh atau merawat lepuh,” katanya.

Mereka turut diingatkan untuk membersihkan peralatan permainan yang digunakan serta lantai rumah dan tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.

Beliau juga mencadangkan kanak-kanak disaring di pintu masuk kelas bagi memastikan tiada tanda jangkitan HFMD. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd