• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hapuskan Stigma Tentang Kesihatan, Gangguan Mental

oleh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu mengikis stigma sosial terhadap mereka yang menghidap masalah kesihatan mental tetapi sebaliknya perlu meningkatkan pemahaman mengenai kesihatan mental.

Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Tan Sri Lee Lam Thye berkata mewujudkan tanggapan negatif tersebut bukan sahaja tidak memberi manfaat malah menyekat golongan itu daripada mendapatkan rawatan.

“Perbuatan mewujudkan stigma bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang menderita malah melunturkan semangat keluarga untuk memberi sokongan fizikal dan emosi kepada mereka yang terjejas.

Justeru, perbuatan menimbulkan prasangka akan mewujudkan halangan besar bagi mereka untuk mendapatkan rawatan sewajarnya, katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia (MCPM) ke-22, di sini hari ini.

Menurutnya, salah satu faktor wujudnya stigma tersebut dalam kalangan rakyat adalah susulan

pendedahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa jumlah penduduk Malaysia yang mempunyai isu kesihatan mental meningkatkan tiga kali ganda dalam tempoh dua dekad lalu.

Lee berkata masih banyak orang yang tidak dapat membezakan antara masalah kesihatan mental dengan sakit jiwa.

“Keadaan pertama mempunyai gejala stres berkala, manakala yang kedua pula melibatkan gangguan mental secara serius seperti skizofrenia dan gangguan dwikutub,” katanya.

Menurut beliau, mekanisme penyaringan berkesan juga memainkan peranan penting di mana ahli profesional boleh membantu dalam mengenal pasti kemungkinan seseorang individu menderita akibat penyakit mental tertentu.

Di samping itu, semua pemegang kepentingan perlu memberi sokongan kepada program kesihatan mental komuniti sedia ada bagi memupuk kesihatan mental dalam kalangan anggota masyarakat, katanya.

Persidangan tiga hari itu diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan mendiidk masyarakat tentang isu berkaitan kesihatan mental. – BERNAMA

Tags: Lee Lam Thyesakit mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

Serah Senarai Kabinet Kepada SPRM, Polis Langkah Tepat

09/03/2020
0

SHAH ALAM - Inisiatif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan Polis Diraja Malaysia (Polis)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd