• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Atlet Positif Doping Digugur Serta Merta

oleh
19/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mana-mana atlet yang didapati positif menggunakan bahan terlarang, akan digugurkan serta-merta daripada kontinjen negara ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.

Amaran itu diberikan oleh Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, yang berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.

Beliau berkata semua atlet wajib menjalani ujian doping yang akan dikendalikan oleh Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) sebelum bertolak ke Jakarta atau Palembang, di mana atlet yang mengelak daripada ujian itu selepas diberikan masa yang secukupnya, juga akan digugurkan daripada kontinjen negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil sukan papan selaju, tinju dan triathlon di Wisma OCM, di sini hari ini.

Abdul Azim, yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), berkata pihaknya tidak mahu kesalahan doping melibatkan atlet negara pada beberapa temasya sebelum ini berulang.

Sebagai rekod, pada Sukan SEA 2017, penerjun Ng Yan Yee didapati positif sibutramine, manakala atlet wushu, Tai Cheau Xuen pula gagal ujian doping ketika Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dengan pingat emas kedua-dua atlet ini ditarik balik.

Malaysia juga berisiko kehilangan pingat gangsa Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia yang berlangsung April lalu, apabila atlet angkat berat negara, Mohd Fazrul Azrie Mohdad (kategori bawah 85kg) berada dalam siasatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) berikutan penemuan unsur bahan terlarang.

Beliau terdahulu disahkan positif Stanozolol pada ujian yang dilakukan oleh ADAMAS sebelum bertolak ke temasya itu, tetapi keputusan hanya diketahui selepas beliau sampai ke Gold Coast. – BERNAMA

Tags: Kes Doping
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nasib Atlet Judo Perak Terletak Pada Bukti Doktor

27/10/2018
0

PUTRAJAYA - Nasib atlet judo Perak yang gagal dalam ujian doping semasa Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini, dikatakan atas faktor...

Rossi Berdepan Tuduhan Doping

26/09/2018
0

ROME - Penyerang Itali, Giuseppe Rossi berdepan hukuman penggantungan selepas didapati positif doping bahan terlarang dorzolamide, lapor media Itali hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd