• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ISN Kecewa Tindakan Penembak Negara

oleh
19/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Sukan Negara (ISN) melahirkan kekecewaan terhadap tindakan tiga penembak negara yang mengadakan sidang akhbar bagi membawa kes mereka ke Mahkamah Rayuan, tanpa memaklumkan kepada badan induk itu.

Menurut kenyataan daripada ISN, kes itu yang merupakan tuntutan undang-undang daripada penembak negara Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Mohd Taibi, terhadap ISN selepas mereka digugurkan daripada Program Podium, hanya boleh diputuskan di mahkamah.

“Oleh kerana atlet-atlet berkenaan berhasrat terus membawa perkara ini ke mahkamah susulan pengumuman tentang hasrat mereka untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan, dan disebabkan perkara ini merupakan prosiding Mahkamah yang sedang berjalan, maka ISN perlu mengelak daripada memberi sebarang komen berhubung kes itu agar ia tidak menimbulkan prejudis terhadap proses mahkamah.

“ISN terkejut dengan pengumuman itu kerana peguam cara kami tidak dimaklumkan mengenai rayuan tersebut dan mereka tidak menerima pra-syarat Notis Rayuan setakat 5 petang, 18 Julai 2018,” kata ISN.

Melalui sidang media yang diadakan tiga penembak berkenaan, semalam, ISN dimaklumkan mereka akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Pada 30 Okt tahun lepas, Muslifah, Nur Ayuni Farhana dan Nur Suryani memfailkan saman bagi membersihkan nama mereka di Mahkamah Kuala Lumpur.

ISN mempertahankan kedudukan badan induk itu berdasarkan kepada Seksyen 44 Akta Institut Sukan Negara 2011, di mana Mahkamah bersetuju dengan ISN dan seterusnya membatalkan saman tersebut pada 26 Feb 2018.

Ketiga-tiga atlet terbabit kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi pada 6 Julai, namun mahkamah menolak rayuan mereka dan mengesahkan bahawa saman itu dibatalkan di bawah Seksyen 44 akta yang sama.

ISN adalah badan berkanun diwujudkan di bawah Akta Institut Sukan Negara 2011, dan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 44 akta berkenaan menyatakan ISN boleh menggunakan Seksyen itu daripada sebarang tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain, namun badan induk itu perlu mengemukakan ‘good faith’ (niat suci). – BERNAMA

Tags: penembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Keluarga Pemangkin Utama Penembak Muda, Wei Jin

19/08/2018
0

PALEMBANG - Sebuah keluarga yang menembak bersama sentiasa akan tetap bersama! Ia adalah perumpamaan yang sempurna bagi menggambarkan keluarga penembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd