• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tunjukkan Kami Cara Jadi Pengacara Bagus’

oleh
19/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARTIS serba boleh, Nabil Ahmad menyifatkan, cadangan seorang pelakon supaya berhenti mengambil pelawak menjadi pengacara sebagai sengaja mahu mencari perhatian ramai pihak.

Katanya, sekiranya pelakon itu ikhlas mahu melihatnya menjadi pengacara program hiburan yang bagus, dia boleh memberikan teguran secara berdepan, bukan menggunakan laman sosial untuk meluahkan ketidakpuasan hati.

“Banyak beza antara kritikan membina dan menghentam. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, tetapi apabila terus mengheret pelawak yang menjadi pengacara sebagai isu, dia seperti tidak berpuas hati.

“Kalau penonton kurang selesa dengan cara penyampaian saya, tidak mungkin saya masih bersama MeleTOP selama lima tahun. Memang saya pelawak, tetapi bukan cara saya untuk buat lawak tidak bertempat.

“Lagipun, setiap program mempunyai kelompok penonton yang tersendiri. Mana mungkin boleh syok sendiri.

“Kalau dia rasa pelawak tidak sesuai sebagai hos atau lawak kami tidak bertempat, mungkin boleh tunjukkan bagaimana caranya menjadi pengacara yang bagus,” katanya kepada BH Online.

Isu berkaitan pelakon menjadi pengacara mula diperkatakan apabila Syazwan Zulkifly menyindir cara Janna Nick mengendalikan program hiburan popular, Melodi.

Meskipun tidak menyebut nama, kenyataan pelakon itu mengenai pengacara wanita Melodi yang tergedik-gedik dan terkinja-kinja di Twitter jelas merujuk kepada Janna.

Syazwan bagaimanapun, memohon maaf terhadap perkataan yang digunakan yang mengguris dan menyakiti hati Janna.

Kenyataan Syazwan itu mendapat sokongan pelakon, Aiman Hakim Ridza yang turut mencadangkan supaya berhenti mengambil pelawak sebagai hos dengan meletakkan tanda pagar, #meletops pada komen balasnya.

“Berhenti ambil pelawak. Bukan semua benda perlu loyar buruk okay. Dan ia langsung tak kelakar pun,” tulisnya dalam komen balas itu.

Enggan lagi layan mereka yang suka cari publisiti murahan, Nabil berkata, tumpuannya kini diberi kepada Nabil Ahmad Productions yang bakal menerbitkan filem aksi komedi, sebelum memulakan penggambaran produksi thriller, Qutil.

“Selepas The Antoos, kami mempunyai senarai program televisyen, drama bersiri dan filem untuk penggambaran. Sepatutnya, Qutil menyusul awal, namun penggambarannya ditunda dulu. – Berita Harian

Tags: Nabil Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nabil Minta Maaf Campak Tanjak

15/07/2019
0

“TIDAK menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita, terutama sekali tanjak yang saya pakai,” luah pelakon, pelawak...

Nabil Bersyukur Diiktiraf Pengacara Terbaik Asia

20/10/2018
0

TAHNIAH... Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila terima anugerah Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards berlangsung di Cannes,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd