• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ingatkan Buaya, Rupanya Ikan Tapah 100kg’

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – “Saya terbayang buaya ketika cuba mengangkat pukat yang berat, tetapi sebaik timbul saya gembira melihat ikan tapah yang sangat besar,” kata nelayan sungai, Abdul Wahab Zakaria, 60.

Abdul Wahab dari Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil, dekat sini, berjaya menangkap ikan tapah seberat 100 kilogram (kg) ketika keluar memukat bersama anaknya, Mohd Zubir, 29, di Sungai Ketil, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dia yang juga dikenali sebagai Wahab Udang berkata, kebiasaannya pukat yang dipasang akan menaikkan ikan lampam, belida dan patin, tetapi tidak disangka rezekinya mendapat ikan tapah yang turut digelar penghulu ikan hari ini.

“Saya mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengangkat ikan tapah itu masuk ke dalam bot kerana ia terlalu berat dan licin sehingga memaksa kami menggunakan tali mengikat lembu untuk diikat pada bahagian kepala ikan itu.

“Selepas lebih 20 tahun menangkap ikan di sungai, ini adalah kali pertama saya berjaya menaikkan ikan tapah sebesar ini kerana kebiasaannya hanya ikan tapah seberat 20 hingga 25 kg dapat ditangkap,” katanya ketika ditemui.

Bapa kepada empat anak itu berkata, dia percaya dengan tertangkapnya ikan bersaiz besar itu, membuktikan ikan tapah masih banyak di sungai berkenaan biarpun ramai mengatakan ia tidak wujud.

“Saya menjual ikan terbabit kepada kepada pengusaha restoran masakan Cina di Sungai Petani pada harga RM40 sekilogram dengan harga keseluruhan kira-kira RM4,000,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zubir yang kerap menemani bapanya berkata, ini adalah pengalaman paling berharga kerana berpeluang melihat tapah sebesar itu di depan matanya sendiri.

“Saya berharap dengan rezeki yang diperoleh hari ini akan membuat kami sekeluarga dimurahkan rezeki dan mendapat hasil yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya. – BH Online

** Sekadar Video Hiasan..

Tags: ikan tapahpukat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ikan Tapah 20kg Tular Di Media Sosial

19/04/2019
0

PONTIAN - "Ini rezeki untuk ahli persatuan kompang," kata Ketua Kampung Parit Madirono yang berjaya menangkap ikan tapah 20kg bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd