• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Automatik, Had Umur Pengundi Sedang Dikaji

oleh
19/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti cadangan dan akan menjalankan kajian lanjut berhubung pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik selain menurunkan had umur kelayakan mendaftar sebagai pemilih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Viu Keong berkata, cadangan itu diteliti kerana kedua-duanya akan melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada, perubahan proses dan prosedur kerja urusan pendaftaran pemilih serta keperluan sistem dan peralatan untuk pelaksanaan sistem pendaftaran pemilih secara automatik.

“Kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima cadangan-cadangan penambahbaikan daripada pelbagai pihak termasuklah cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dan menurunkan had umur kelayakan mendaftar sebagai pemilih.

“SPR juga bertanggungjawab memastikan setiap cadangan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta menepati kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang melaksanakan sistem daftar pemilih secara automatik dan mengurangkan umur layak mengundi daripada umur 21 tahun ketika ini. – BERNAMA

Tags: mengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd