• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ditahan Kes Rogol Pelancong Rusia

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Polis India menahan enam lelaki hari ini selepas seorang pelancong Rusia didakwa diberi dadah dan dirogol di bandar pelancongan popular di selatan negara itu.

Laporan media menyebut, mangsa yang berusia 21 tahun mempunyai kesan gigitan pada muka dan lengan ketika ditemui dalam keadaan bogel dan tidak sedarkan diri di atas lantai bilik sebuah hotel bajet awal Isnin lalu.

Wanita berkenaan, yang melancong seorang diri, tiba di bandar Tiruvannamalai di negeri Tamil Nadu, 190 kilometer dari Chennai, Khamis lalu.

Mereka yang ditahan termasuk pengurus hotel bajet itu dan pemandu pelancong mangsa, yang memberitahu dia menemui mangsa di atas lantai beberapa jam selepas mereka mengadakan hubungan seks suka sama suka, kata seorang lagi penyiasat.

Katanya, mangsa dirawat di hospital kerana dos dadah berlebihan dan kecederaan ringan, dengan usaha dilakukan untuk merekodkan kenyataannya.

Laporan mengesahkan berlaku serangan seksual.

Keganasan seksual meningkat di India dengan hampir 110 kes rogol dilaporkan setiap hari tetapi aktivis berkata perangkaan itu cuma sebahagian kecil daripada banyak kes yang tidak dilaporkan.

Ramai pelancong asing diserang secara seksual di India sejak beberapa bulan ini. – AFP

Tags: kes rogolPelancong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

05/08/2026
0

Pada masa kini, perjalanan antarabangsa menjadi jauh lebih mudah. Anda boleh menempah penerbangan, penginapan, pengangkutan, dan menggunakan peta semuanya secara...

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd