• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad B-22 Malaysia Bawa Balik Piala Emas Bangabandhu 2015

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 22 Tahun negara (Harimau Muda) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Bangabandhu 2015 selepas menewaskan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh, hari ini.

Kemenangan tersebut adalah kedua diraih Malaysia selepas muncul juara edisi pertama pada 1996 menerusi kemenangan 2-1 ke atas kelab dari Indonesia, PSM Makassar.

Pada aksi hari ini, kapten pasukan Nazirul Naim Che Hashim meletakkan skuad negara di hadapan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma cantik pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar.

Penyerang, S. Kumaahran menggandakan jaringan skuad negara pada minit ke-40 selepas mudah menolak masuk bola melalui hantaran rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah mengubah rentak permainan dengan lebih banyak melakukan serangan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan Jahid Hasan Ameli pada minit ke-48.

Enam minit kemudian, Bangladesh menyamakan kedudukan menerusi Yeasin Khan yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut oleh kapten pasukan, Mohd Mamunul Islam.

Mohd Faizat Ghazli, bagaimanapun muncul wira skuad negara apabila menanduk masuk gol kemenangan, hasil sepakan sudut Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak pada masa kecederaan, bagi mengesahkan kejuaraan milik skuad kendalian Razip Ismail itu.

Kejohanan berkenaan merupakan persediaan Razip bagi menghadapi Liga Singapura 2015, awal bulan depan selain pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun 2016, dari 27 hingga 31 Mac ini.

Selain Malaysia dan Bangladesh, Piala Emas Bangabandhu turut disertai Thailand, Bahrain, Sri Lanka dan Singapura. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=pDfI4SDPfhc

Tags: Harimau Muda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

09/09/2023
0

PETALING JAYA : Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara meneruskan rentak cemerlang di bumi Thailand apabila membenam Filipina 4-0 dalam...

Haziq Kecewa Pengorbanan Selama Ini Tidak Dipandang

31/08/2017
0

BENARLAH kata satu slogan tu, 'Jangan sorak ketika menang kalau tak mampu sokong ketika kalah'... Sesuai sangat tu kalau ditujukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd