AKSI comel penyanyi Siti Sarah menari tarian #shiggychallenge yang kini sedang tular berjaya mencuit hati pononton.
Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin bagaimanapun ditinggalkan suaminya iaitu Shuib Sepahtu semasa sibuk menari tarian tersebut.
Penyanyi yang kini sedang hangat dengan lagu Semakin itu memuat video baharu tersebut menerusi akaun sosial Instagram pada Khamis.
Cabaran tarian #shiggychallenge bermula beberapa minggu lalu apabila pelawak berasal dari Kanada iaitu Shiggy memuat naik tariannya di Instagram dan mula menjadi ikutan ramai.
Tarian tersebut menggunakan single terbaru nyanyian Drake berjudul In My Feelings. – mStar Online